CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Didie Alias Bengang Ditawar Watak Makcik Ekstra

8-10-2020 12:17 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 10132| Komen: 46|Original author: Oleh: Saiful

Sebelum ini Didie Alias pernah menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap satu syarikat produksi yang menggugurkan namanya pada saat akhir.

Katanya, sikap tidak profesional seperti itu tidak patut wujud kerana ia menganiaya pelakon.



"Sangkaan saya, syarikat produksi akan mengambil iktibar apabila saya meluahkan rasa tidak puas hati secara umum. Namun, sebaliknya berlaku. Tekaan saya meleset apabila ada perkara lain yang membuatkan saya jadi lebih sakit hati.

"Saya melihat masalah bayaran 'ciput' masih menjadi amalan segelintir syarikat produksi yang tidak tahu menilai bakat seseorang anak seni.


"Bayangkan, saya pernah ditawarkan dengan bayaran RM15 jika dikira secara purata mengikut jumlah babak yang perlu dilakonkan. Syarikat produksi bijak. Untuk mengelakkan membayar pelakon mengikut episod, mereka menukarnya mengikut jumlah hari.

"Katakanlah jika perlu bayar satu episod RM1,000, kalau 30 episod jumlahnya tentu RM30,000. Justeru, mereka lebih suka bayar mengikut hari. Saya pernah menjadi Pengurus Produksi (PM) suatu ketika dahulu, jadi saya faham rentak permainan mereka. Cukup-cukuplah menganiaya artis, lagipun saya bukan pelakon baru yang boleh diperkotak-katikkan," katanya kepada BH Online.


Bukan itu sahaja, Didie juga bengang kerana ditawarkan watak pelakon tambahan atau makcik ekstra.

"Saya pernah dihubungi syarikat produksi menawarkan watak pelakon tambahan. Saya tidak faham apa yang bermain di fikiran hingga tergamak menawarkan saya watak 'makcik ekstra'. Saya bukan nak kata diri hebat, tetapi saya sudah buktikan dalam drama lakonan sebelum ini.

"Saya tidak pernah berkira soal bayaran, tetapi apa yang saya minta adalah setimpal dengan hasil yang diberikan. Bukan sahaja dari segi lakonan, aspek lain lain termasuklah pakaian. Semuanya saya siapkan sendiri sebelum masuk set penggambaran.

"Saya boleh bertolak ansur. Contohnya, saya terbabit dalam drama bersiri ketika ini. Secara kebetulan, sekarang musim hujan dan banyak babak tertangguh. Saya faham dan tidak langsung meminta bayaran tambahan kerana terpaksa menunda penggambaran yang sepatutnya boleh disiapkan lebih awal," tambahnya.

Kredit foto: IG

Sabarlah banyak-banyak ya Didie. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 8-10-2020 12:31 PM
Iols paham je apa yg sheols royankan.. so lps ni mohon produksi offer watak pelajar kolej anak tan sri yg rebel gituu. Baru sesuai..
Quote Kurex 8-10-2020 12:36 PM
Watak pompuan sihir sesuai la
Quote VitchyPinkVitch 8-10-2020 12:39 PM
I rasa dia x kisah watak apa pun asalkan bayaran setimpal.
Quote Belibis 8-10-2020 12:44 PM
Kesiannnn..patut bawa watak anak tan sri yang masih menuntut di kolej.couple dengan fatah amin.
Quote cupu 8-10-2020 12:45 PM
Melampau la tu 15hinggit...
Quote LadyCarefree 8-10-2020 01:37 PM
'Katakanlah jika perlu bayar satu episod RM1,000' hehehe iols pernah sebut rate ni. This rate is untuk drama yg satu kali tayang sejam (termasuk iklan, dramanya around 40 min je) Rate ni untuk watak utama drama bersiri sebenarnya. Tak kira pelakon baru atau lama. Tapi produksi nowadays main jimmu2 bayaran kot. Ditarik budget pelakon lain untuk cover pelakon hot yang demand bayaran tinggi. Agitchuuuuwwwwww kot. Dahtu akan ada je jenis asal berjob. So makin senang lah produksi main harga.
Quote TomyamPuteh 8-10-2020 02:20 PM
Belibis replied at 8-10-2020 12:44 PM
Kesiannnn..patut bawa watak anak tan sri yang masih menuntut di kolej.couple dengan fatah amin.

Nk gelak je
Quote husna_amal 8-10-2020 02:34 PM
Didie Alias kalau dapat tawaran heroin mesti terima walaupun bayaran ciput
Quote mamajawie 8-10-2020 02:36 PM
rm15 tu melampau sgat,,tapi jadi makcik extra tu membuatkan aku nk gelak bahak2..ehehehheheehe
Quote YomiuriLandMae 8-10-2020 02:41 PM
alaa sauk je la selagi bole kalo btol2 dah xde job..
tp kalo ada bisnes lain ke apa ke tu lain citer la..
Quote Themilo 8-10-2020 03:04 PM
sheols asik dapat watak stereotype mak-mak fancy pakai kebaya nyonya dengan sanggul sebijik pasu bunga atas kepala.

takde watak lain kah? jadi mak yang kena tinggal anak ke, jadi isteri yang didera ke, jadi datin korporat ke..
Quote nafham 8-10-2020 04:35 PM
Selayaknya lah. Takkan lah nak watak level Maya Karin dlm ombak rindu. Bayangkan sheols lakonkan watak Izzah. Izzah tak bersalah bang... Izzah tak bersalah. Ahgittew. Trus si Aaron Aziz tu sepak je dia
Quote lavendernovella 8-10-2020 04:47 PM
Elok kerja balik jadi Pengurus Produksi tu. Pastu buatlah apa yg patut.
Quote Eramie96 8-10-2020 04:50 PM
Sape suruh kutuk netizen.g la mohon bantuan covid lagi.
Quote sleepandream 8-10-2020 05:52 PM
kenapa iols rasa bayaran ikut hari lebih adil...
kalau ikut episod, macam sheols cakap penggambaran tertangguh sebab cuaca etc jadi lagi rugi la masa kau?
Quote Ritacomels 8-10-2020 05:54 PM
nafham replied at 8-10-2020 04:35 PM
Selayaknya lah. Takkan lah nak watak level Maya Karin dlm ombak rindu. Bayangkan sheols lakonkan wat ...

Hahahahha adoiii ngekek aku gelak
Quote bungarose 8-10-2020 09:31 PM
Retis punyer ramai tak perlu ler demand sangat
Bukan ader beratus2 or beribu2 production shooting kat malaysia nih
Karang miss job ko juger yang bising
Quote CiliPadiSedap 8-10-2020 10:00 PM
Makcik extra tu cmne?
Quote BicaraHatiku 8-10-2020 10:10 PM
mamajawie replied at 8-10-2020 02:36 PM
rm15 tu melampau sgat,,tapi jadi makcik extra tu membuatkan aku nk gelak bahak2..ehehehheheehe

Penghinaan sgt..

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.048353 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top