Sekitar tahun 2010 dulu, Luna Maya dan Ariel menggemparkan dunia hiburan dengan kontroversi video lucah mereka. Kejadian tersebut menyebabkan kerjaya kedua-duanya merudum. Bagi yang dah lupa, Ariel disumbat ke dalam penjara kerana video tersebut.
Sepuluh tahun sudah berlalu dan Luna Maya yang sebelum ini mengelak untuk berbicara mengenainya kini sudah lebih terbuka untuk mengungkap perasaanya mengenai kejadian tersebut. "Saya ingat lagi enam bulan pertama, satu tahun pertama sangat berat untuk saya. "Bukan setahun, tapi tiga bulan pertama ya. Berat dan sangat sulit untuk saya," katanya ketika berborak dalam YouTube Eko Patrio. Hal tersebut pernah menyebabkan Luna terfikir untuk membunuh diri. "Waktu itu rasanya macam nak mati," tambahnya.
"Sebenarnya saya bukan rasa nak mati sebab putus asa, tapi kerana tak tahan dibuli dan dihina. "Sebab saya fikir kalau semua orang sudah tidak suka dan hanya tahu menghina saya, mengapa perlu saya hidup lagi? Lebih baik mati supaya semua orang tenang." Kini dia lebih berani menghadapi kehidupannya dan mengambil pelajaran atas apa yang berlaku. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|