|
Kes COVID-19 di Malaysia yang makin meningkat akhir-akhir ini menyebabkan penangguhan pendaftaran bersemuka penuntut baharu dan lama ke kampus yang dijadual bermula bulan ini. Pengumuman saat-saat akhir oleh Kementerian Pengajian Tinggi penangguhan tersebut telah mengakibatkan sebahagian besar pelajar tersadai di asrama dan rumah sewa masing-masing. Malah, ada juga yang kerugian kerana telah membeli tiket pengangkutan awam termasuk tiket kapal terbang untuk pendaftaran kemasukan semula pengajian mereka.
Akibatnya, ada dalam kalangan besar pelajar terpaksa mengikat perut untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat tidak cukup wang kerana ramai di kalangan ibu bapa mereka terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. Atas inisiatif pelbagai pihak, para pelajar yang terjejas ini telah dibantu dari pelbagai segi seperti bantuan berupa pengangkutan untuk pulang ke kampung halaman, bantuan makanan, bantuan kewangan dan lain-lain lagi. Syukurlah. Namun, bagi peguam Asiah Abd Jalil menerusi hantaran Facebooknya mempersoalkan survival skill para pelajar ini. Mereka terkandas di negara Malaysia, kenapa seolah-olah terkapai-kapai di bumi sendiri? Di mana survival skill anak-anak muda kita? Hantaran ini mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang bersetuju dengan Asiah dan ada yang berpendapat sebaliknya. Budak manja Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Cara setiap orang menangani krisis pasti berbeza ditambah pula dengan faktor-faktor sekeliling mereka. Kadang-kadang, kita tak berada di dalam kasut seseorang tu memang mudahlah kita nak menghukum. Kita tak boleh ukur situasi orang lain dengan nasib kita. Apapun, sekiranya benar pelajar ini manja, harapnya pihak berwajib bantulah pelajar ini kuatkan jati diri mereka kerana golongan muda adalah masa depan kita. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|