Ebby Yus mendedahkan yang dia pernah menerima bantuan daripada seorang peminat wanita dari Singapura ketika menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lepas.
Kata pelakon dan pelawak ini dia menerima wang tunai sebanyak RM30,491.93.
"Pada awalnya, dia menghubungi pembantu saya dan menyuarakan hasrat untuk memberi sumbangan itu kerana tahu mengenai keadaan kesihatan yang saya alami. "Ketika itu, kita semua tak dapat bekerja kerana PKP. Jadi, apabila dimaklumkan oleh pembantu, saya sendiri menghubunginya dan menjelaskan bahawa keadaan kesihatan saya sudah kembali pulih. "Saya katakan pada dia, mohon sumbangkan doa pun sudah mencukupi. Namun, dia mendesak untuk tetap memberikan sumbangan kerana seluruh keluarganya meminati saya," katanya kepada Harian Metro. Menurutnya lagi dia juga curiga memandangkan sekarang ini banyak kes scam. "Saya rasa sangsi juga kerana takut jika itu adalah 'scammer' kerana dia meminta nombor akaun bank. Tapi, bila difikirkan semula, dalam akaun saya pun cuma ada dalam RM40 saja, jadi tak rugi pun kalau saya bagi. "Tak lama selepas itu, sejumlah wang bernilai SGD10,000 (RM30,491.93) masuk ke dalam akaun saya. Saya macam susah nak percaya, tapi bila diperiksa berkali-kali, memang benar,"tambahnya.
Ebby menyifatkan individu itu umpama kiriman Allah untuk membantunya. "Allah menghantar individu ini, yang bagi saya sangat berhati mulia dan ikhlas. Kalau bukan kerana situasi pandemik sekarang, saya dah ke Singapura untuk bertemu dengannya sekeluarga. "Jadi, sejak dari itu hinggalah ke hari ini, kami sering berkomunikasi menerusi telefon." -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|