CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Akan Jaga Hingga Akhir Hayatnya,"- Cef Wan Sedih Ibu Hidap Kanser

2-10-2020 07:51 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 16137| Komen: 100|Original author: Oleh: Saiful

Cef Wan berkongsi khabar kurang baik tentang kesihatan ibundanya yang tercinta.

Menerusi entri terkini di Instagramnya, cef terkenal ini memberitahu dia membawa ibunya,  Noraini Abdullah ke sebuah hospital untuk menjalani ujian memmogram.



"Saya ke Hospital Gleneagle semalam bawa emak untuk buat memmogram (x-ray untuk bahagian dada) untuk kesan dan diagnos kanser buah dada.

"Saya terkejut bila Doktor temui dua ketulan besar dan dah merebak ke bahagian kelenjar limfa (lymph nodes)," tulisnya.

Tambahnya, setiap kali mandi dan menyabun badan ibunya, ibunya meminta dia melakukan perlahan-lahan kerana berasa sakit.

Foto: IG
"Setelah beberapa hari, saya nak ketahui sama ada kesakitan tersebut adalah ketulan. Jadi saya minta emak baring, saya guna tiga jari dan cuba rasa ketulan tersebut.

"Bila saya tekan jadi lebih dalam, saya dapat rasa satu ketulan bulat yang besar sama ada tisu yang mengeras atau mungkin isi badannya. Saya sangat terkejut."



Menurut Cef Wan lagi, doktor memaklumkan keadaan ibunya mungkin tidak baik memandangkan umur dan saiz tumor yang besar.

"Nak buat biopsy pun macam tak ada point sebab tentunya menyakitkan untuk emak kerana tumor tersebut dan membesar. Apa yang boleh dibuat adalah memberikan ubat untuk cuba mengecilkan tumor tersebut.

"Walaupun saya sangat sedih untuk emak dan keluarga, tetapi saya kena kuat untuk menerima cabaran ini dan menghadapi sehingga ke akhirnya.

"Paling penting saya akan menjaga dan merawat emak sebaik mungkin yang saya dapat lakukan, mencurahkan segala kasih sayang dan memberikan ketenangan kepadanya sehingga ke akhir hayatnya." -CARI

 

Bagus

Marah
1

Terkejut
3

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 2-10-2020 07:55 AM
semoga dipermudahkan urusan chef wan n ibunda
Quote djzara81 2-10-2020 07:59 AM
Bab Chef Wan jaga mak dia mmg aku respek sgt. Kdg2 meleleh air mata tgk video cara dia lyn mak dia. Aritu tgk ig chef Zam pon aku sebak sgt.
Quote Kancilkering 2-10-2020 07:59 AM
that is bad news....x dpt bayangkan perasaan emak dia..
moga dipermudahkan jaga cik ani tu...sure berebut adik beradik dia jaga emak...
Quote sweetfasha 2-10-2020 08:02 AM
respek this part tentang chef wan

dia jaga mak dia macam menatang minyak yang penuh

jaga arwah janda dia sampai akhir hayat..

jaga kucing longkang si jade, macam kucing tu harga ribu ribu.. ikhlas hati dia jaga dan berikan yg terbaik

Moga Allah SWT permudahkan dia, berikan yg terbaik untuk chef wan
Quote zehra2 2-10-2020 08:08 AM
sedihnya.. sbg anak mmg aku pun jaga mak mcm menatang air yg penuh.
mmg ada buat kad klinik warga emas. regular check up mmg penting utk cpt kesan penyakit. nk buat rawatan ni boleh pilih kt govt atau swasta.
Quote zyraa 2-10-2020 08:13 AM
Bab ni mmg respect sgt chef...mogaa dipermudahkan segala2 nya...
Quote johan-adx 2-10-2020 08:16 AM
bertuah dpt anak mcm chef wan ni...mmg all out dia akan jaga...
Quote azimodin 2-10-2020 08:22 AM
Walaupon meouls kengkadang rengsa dengan royanan heshe, meouls respect la heshe jaga emak dengan baik. Enjoy je tengok video cik ani senyum simpul.
Quote CocoCily 2-10-2020 08:27 AM
semoga dipermudahkan
Quote MissVixen 2-10-2020 08:31 AM
Innalillah. Sakitnya. Kesian ibu chef wan. Bukan senang nak jaga orang kena kanser. Semoga mak dia duduk terus dengan chef wan dari ulang alik ke kampung. Bandar ni senang nak pergi hospital dan ada anak jantan yang kuat untuk tolong angkat.
Quote takayama 2-10-2020 08:34 AM
ms baca kt ig dia semlm, rs sebak sgt
moga dipermudahkan buat chef wan serta adik beradik dia juga
layan chef wan mmg 1st class utk mak juga insan2 yg dia sayang
hope chef wan kuat dan tabah untuk melalui hidup2 yg mendtg ni
walau mak dah tua dan kita akur bila smp masa dia akan pergi
tp ttp akan rs something bila Dr kata camtu
Quote doubleA 2-10-2020 08:37 AM
Iols baru kehilangan mak sedara sebab breast cancer ya {:cryrun

Memang last buat radiografi bulan lepas terus teruk kesihatan sampai dijemput Tuhan. Iols faham la lagi2 kalau dah tua takkan nak suruh buat chemo and all that lagi, badan dia pun tak tahan nak recover balik. Agree with cepwan, layan dan jaga sepenuh kasih syg macam Allah bagi masa sebelum Dia ambil balik
Quote jlo 2-10-2020 08:39 AM
semoga dipermudahkan urusan buat chef wan..speedy recovery buat ibu nya
Quote syadail 2-10-2020 08:40 AM
KIta yg akan rasa kehilangan Cik Ani nanti. Sedihnya..
Quote me12345 2-10-2020 08:40 AM
Kesian sgt...umur 89 nk tanggung sakit...semoga Allah ringankan sakit utk ibu chef dan semoga dimudahkan anak2 utk jaga dgn baik dan ikhlas hingga akhir hayat..
Quote archerfahid 2-10-2020 08:52 AM
Allahu
Semoga dipermudahkan urusa. Buat cik ani dan chep one.
Kasih sayang ibu smpi ke syurgaaa
Quote sweetgirl 2-10-2020 08:58 AM
Allah... semoga di permudahkan segala urusan Cik Ani... Suka sangat tgk Cik Ani tu comeyy je keletah dia... Moga chef wan kuat sbb tau dia mmg sayang sangat sangat sangat dgn cik Ani
Quote minahmanja 2-10-2020 09:16 AM
Allahhu... kalau aku pun sebagai ank, dgr berita mcm ni really break my heart .. rasa down sgt.. semoga Allah kuatkan semangat chef wan & famili..
Quote BicaraHatiku 2-10-2020 09:24 AM
Pergi buat mammogram tu tiap2 tahun...i ols terkejut ada member i ols dah masok 40an tak mahu buat medical check- ups.

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.260653 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top