CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Pramugari Edar Dadah Lepas Dipecat

29-9-2020 06:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4449| Komen: 9

Bekas pramugari mengaku bersalah memiliki dadah dengan niat untuk mengedar.

Berikutan itu, Mahkamah Stoke-on-Trent pada Rabu lalu memutuskan hukuman penjara dua tahun terhadap Alexandra Florentina Dobre, 27.



Kredit foto: Metro

Menurut laporan Metro.co.uk, Alexandra didakwa menyembunyikan kokain di dalam beg gula-gula di sebelah katilnya. 

Difahamkan, Alexandra yang dipecat akibat pandemik Covid-19 meneruskan kelangsungan hidup dengan mengedar dadah.

Mahkamah dimaklumkan, wanita itu bekerja dengan beberapa syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Luton, England sebelum dibuang kerja menyebabkan dia kehilangan sumber kewangan dan tempat tinggal.

Wanita warganegara Romania itu berpindah ke Staffordshire selepas bertemu seorang lelaki menerusi aplikasi mencari jodoh yang kemudian menjadikannya sebagai keldai dadah.

Ketika ditahan pada 7 Ogos lalu, polis menemui enam bungkus kokain di dalam beg tangannya.

Selepas rumahnya di Hanley digeledah, polis menemui 81 bungkus kokain bernilai 2,500 pound (RM13,356) di dalam laci di sisi katilnya selain merampas wang dan pakaian berjenama miliknya.

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putericahaya999 29-9-2020 07:41 PM
sedihnyaaa
Quote nikola.tesla 29-9-2020 08:57 PM
kesian.janganlah mudah percayadengan orang
Quote mamajawie 29-9-2020 10:21 PM
Kesian..bertabah la ye
Quote cikmi 29-9-2020 10:23 PM
igtkn kt malaysia
Quote kakikuDibibirmu 29-9-2020 10:32 PM
Pramugari terlampau
Quote husna_amal 30-9-2020 09:42 AM
Kesian jadi hamba dadah.
Quote merrissa 30-9-2020 12:43 PM
ok la...x yh susah2 nak survive 2 tahun dah...keluar nt mst dia mengedar lg...tertngkp lagi...

mmg byk org mcm ni...duduk penjara lagi best katanya
Quote TomyamPuteh 30-9-2020 04:27 PM
Kepamnya acik stewardess
Quote Artemesiaa 30-9-2020 05:15 PM
Kalau terdesak sangat pun janganlah sampai sanggup jadi keldai dadah sendiri juga yang tambah susah nanti

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.045447 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top