Seorang lelaki hanya mengetahui kecurangan bakal isterinya tiga minggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Disebabkan berang, lelaki berkenaan membuang semua pakaian dan barangan milik tunangnya di luar rumah.
Daily Star melaporkan, klip video yang dikongsi oleh Madeline Smith di aplikasi TikTok itu menyaksikan pakaian dan barangan termasuk televisyen dan perabot dilonggokkan di luar pintu rumah. Kapsyen Madeline, "Abang saya akan melangsungkan perkahwonan dalam tempoh tiga minggu lagi, dan dia dapat tahu tunangnya curang dengan lelaki lain." Video berkenaan kemudiannya tular dan ditonton lebih dari 1.9 juta kali sejak dimuat naik.
Ia turut dibanjiri dengan komen simpati dari netizen. -CARI
|
Firenzza replied at 17-9-2020 12:51 PM
bertunang tp dah dok serumah ke sampai buang2 brg tu?
buapakperut: berita cedok kat tik tok jahh, sambil bermain tik tok boleh dpt berita,tak hangat pulak tu
green~tea replied at 17-9-2020 01:55 PM
nama madeline.. so speku non-muslim la kan
ADVERTISEMENT