CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Usah Terlalu Bersedih" - Dr Zulkifli Simpati Dengan ‘Mowgli Malaysia’

14-9-2020 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14603| Komen: 67

Kredit foto: IG Dr Zulkifli


'Mowgli Malaysia', Mohd Shukor Khamis bersedih apabila puluhan kerbaunya mati mengejut.

Perkara itu turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.


Kredit foto: IG Dr Zulkifli

Menerusi hantarannya di laman sosial menasihati Syukor dan bapanya, Khamis Jusoh supaya banyak bersabar berdepan dugaan ini.

"Sedih itu hal yang biasa namun usah terlalu bersedih kerana ia adalah putaran biasa kehidupan makhluk Allah SWT. 

"Maha Suci Allah yang mengikat pertalian kasih antara manusia dan haiwan dengan sebegitu erat," tulisnya.




Sementara itu, Harian Metro melaporkan, 30 daripada 110 kerbau miliknya mati mengejut sejak Rabu lalu tanpa sebarang tanda kematian dan disangka penyakit biasa.

"Keesokannya, seekor lagi yang mati sebelum Jumaat (dua), Sabtu (empat) dan Ahad (sebelas).

"Hari ini saja 10 sudah mati dan dijangka lebih lima ekor lagi yang akan mati kerana sebab yang sama," katanya.

Khamis pula berkata, mereka sekeluarga buntu memikirkan penyakit yang menular itu dan dikhuatiri semua kerbau akan mati.

"Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu sudah datang dan membuat siasatan punca kematian semua kerbau itu.

"Berkemungkinan besar ia mati kerana penyakit hawar berdarah bagaimanapun keputusan ke atas pemeriksaan itu akan diperolehi dua minggu lagi," katanya. - CARI
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • VelmaGlass

  • yeos

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 14-9-2020 02:58 PM
Sabar la dik.....
Quote fw280289 14-9-2020 02:58 PM
Bagus betul la dr zulkifli ni. Dah susah nak jumpa orang yang tutur kata menyenangkan zaman sekarang ni. Bila baca kata2 dia sejuk hati.
Quote susukambingbest 14-9-2020 03:03 PM
Moga adik shukor skuarga diberikan kkuatan, ksabaran n dimurahkn rezeki brlipat ganda lg slps ni inshaaAllah aminn. Moga adik shukor kuat smngat
Quote monsterwife 14-9-2020 03:03 PM
Edited by monsterwife at 15-9-2020 02:02 AM
fw280289 replied at 14-9-2020 02:58 PM
Bagus betul la dr zulkifli ni. Dah susah nak jumpa orang yang tutur kata menyenangkan zaman sekarang ...


I pun rasa yg Sama bila baca tulisan dia Rasa tenang aje
Quote LadyCarefree 14-9-2020 03:16 PM
Satgi iols komen harus kena kecam. Hehehege
Quote axl_bach 14-9-2020 03:23 PM
Allahu akbar, kenapa Al Fadhil mantan mufti response cepat isu kecil ni tp masih kunci mulut isu Ucapan Bible oleh YB Dr Zawawi yg lebih besar?

Nmpknya respek aku terhadap keilmuan dan amanah Sohibussamahah boleh menipis.

Quote mizruncing 14-9-2020 03:47 PM
alahai kesiannyaaa. kesayangan tu
Quote saviour_09 14-9-2020 04:01 PM
ada sekor yg dia sayang sangat tu dah kena korban kan dulu

apa ntah nama

ni ada 2 ekor pulak dia rapat

mujur sempat vaksin awal & panjang umur lg

bertabah la dik
Quote husna_amal 14-9-2020 04:12 PM
Banyaknya kerbau dia yang mati. Semoga adik ni dan pemilik kerbau tabah.
Quote Supersirap 14-9-2020 06:44 PM
Kasihannya, jika mati itu seekor ok lagi tapi berpuluh ekor, mau x meraung
Quote toynme 14-9-2020 09:05 PM
axl_bach replied at 14-9-2020 03:23 PM
Allahu akbar, kenapa Al Fadhil mantan mufti response cepat isu kecil ni tp masih kunci mulut isu Uca ...

Nnti dia kata bkn bidang dia

Adik shukor tu dia pernah jumpa kan?
Quote axl_bach 14-9-2020 09:17 PM
toynme replied at 14-9-2020 09:05 PM
Nnti dia kata bkn bidang dia

Adik shukor tu dia pernah jumpa kan?

Komen pasal Bible tu bkn bidang Menteri Agama?

Then kerbau mati byk2 ni bawah skop kementerian Sohibussamahah ke?
Quote toynme 14-9-2020 09:21 PM
axl_bach replied at 14-9-2020 09:17 PM
Komen pasal Bible tu bkn bidang Menteri Agama?

Then kerbau mati byk2 ni bawah skop kementerian  ...

Aku rasa dia mmg x layak jadi menteri

Bnyk ura2 org x suka

Quote axl_bach 14-9-2020 09:30 PM
toynme replied at 14-9-2020 09:21 PM
Aku rasa dia mmg x layak jadi menteri

Bnyk ura2 org x suka

Aku pun x setuju Al Fadhil Dr Zul jadi menteri, sbb bila dh join klik politician ni fitnah dia lain mcm...

Harap Dr Zul dpt survive sepenggal menteri tanpa isu yg dpt mencalarkan reputasi keilmuan beliau.....
Quote mbhcsf 14-9-2020 10:04 PM
hawar berdsrah ni apa puak

plague?

bubonic plague?

maknanya ada bacteria ke? bawaan  tikus?


aiyooo


ade tak cross over / cross infection to human

eee bahayanya main main dengan fauna ni...
Quote mamarock 14-9-2020 10:17 PM
Sabarlah dik.
Quote ketupat79 14-9-2020 10:21 PM
Apa itu hawar berdarah?
Memetik laporan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), penyakit Hawar Berdarah (Haemorrhagic Septicaemia) atau HS merupakan penyakit akut pasteurellosis yang disebabkan oleh bakteria Pasteurella multocida Carter’s Type B.
Adakah hanya berjangkit kepada kerbau?
Penyakit tersebut menyebabkan septisemia akut pada lembu dan kerbau, namun lebih mudah menjangkiti kerbau.
Menurut laporan yang sama, ternakan babi juga boleh dijangkiti HS pada kadar yang rendah.
Sementara itu, jangkitan pada bebiri dan kambing pula adalah jarang dilaporkan.
Bagaimana jangkitan penyakit HS boleh terjadi?
Penyakit HS disebabkan oleh salah satu daripada dua serotip Pasteurella multocida, iaitu serotip B:2 dan E:2.
Wabak penyakit di Malaysia adalah disebabkan oleh serotip B:2.
Simptom penyakit
Tanda-tanda yang ketara adalah:
a) Haiwan mengalami kemurungan
b) Bengkak di kepala, leher dan dada
c) Mulut dan hidung yang berbuih
d) Kongesi pada lapisan mucus membrane
e) Konjuntivitis
f) Sukar bernafas
Penyakit HS kerap menyerang pada musim hujan
Wabak penyakit tersebut boleh berlaku pada bila-bila masa, tetapi kekerapan penyakit meningkat pada musim hujan.
Kebanyakan jangkitan HS adalah akut atau perakut, yang menyebabkan kematian dalam jangka masa 8 - 24 jam selepas dijangkiti.
Menurut laporan DVS juga, jarang ada haiwan yang sembuh daripada penyakit HS.
Langkah pencegahan
Bagi mencegah dan mengawal penyakit tersebut, laporan DVS menyebut Protokol Veterinar Malaysia (PVM) HS telah menggariskan strategi berikut :
• Pelaporan
• Rawatan
• Vaksinasi
• Kawalan Pemindahan
• Survelan
• Pelupusan
• Pengurusan Fail Kes
• Dayajejak
• Langkah Biosekuriti
• Khidmat nasihat
• Kempen kesedaran awam
• Rekod

kredit astro awani
Quote ketupat79 14-9-2020 10:22 PM
kesiannya..mesti kerbau2 tu menderita terkena penyakit ni yang boleh membawa maut
Quote ketupat79 14-9-2020 10:24 PM
kesian adik ni..sabar la ye mesti sedih sangat

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.111027 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top