CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Jatuh Dalam Tangki Minyak Panas

14-9-2020 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8806| Komen: 20

Lelaki warga Bangladesh maut selepas terjatuh ke dalam tangki kumbahan minyak sawit.

Lapor Sinar Harian, kejadian berlaku di kilang memproses kelapa sawit di Rim, Jasin, sekitar 11.24 pagi, semalam.


Ketika kejadian, Md Abdul Manan Molla, 39, berada di atas bumbung bangunan berkenaan pada ketinggian 4.5 meter bersama dua rakan sekerja bagi melakukan pemasangan paip bomba sebelum terjatuh ke dalam tangki yang mengandungi minyak panas.


Kredit foto: Sinar Harian

Menurut pakar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Rli, mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke dalam tangki dengan kepanasan suhu kira-kira 60 darjah celcius itu.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa tidak memakai sebarang pakaian peralatan perlindungan diri (PPE).

Bomba mengambil masa tiga jam untuk mengeluarkan mayat mangsa menggunakan 'escavator' yang dilakukan dengan berhati-hati kerana bimbang memberi kesan pada mayat mangsa yang terdedah pada suhu panas.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, siasatan tidak menemui unsur khianat atau jenayah. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaoru44 14-9-2020 12:41 PM
Aduhhhh...seksanyaaa..
Quote Artemesiaa 14-9-2020 12:49 PM
Euwww mengerikan
Quote macaiPH 14-9-2020 01:07 PM
betul ke bangla

orang Malaysia kot

tu nama manan tu

eman manan

mazlan manan

orang Malaysia kot
Quote RatuDunia94 14-9-2020 01:11 PM
Perghh tak celup tepung je..
Quote Belibis 14-9-2020 02:39 PM
macaiPH: betul ke banglaorang Malaysia kottu nama manan tueman mananmazlan mananorang Malaysia kot

Kita tunggu penyokong tegar bangla bagi pencerahan.
Semoga bermanafaat.
Quote gadget 14-9-2020 03:04 PM
kejung terus
Quote kucingitam 14-9-2020 03:26 PM
hahaha...kau ingat manan tu trademark malaysia je ke..apo?
Quote husna_amal 14-9-2020 03:55 PM
Takziah. Harap lepas ni pihak lain ambil ikhtibar soal keselamatan tempat kerja ni.
Quote salmon-suki 14-9-2020 04:01 PM
Kesiannyaaa...kalau dia mati mcm ni,keluarga dia akan dpt pampasan tak?
Quote Belibis 14-9-2020 04:21 PM
salmon-suki: Kesiannyaaa...kalau dia mati mcm ni,keluarga dia akan dpt pampasan tak?

Itu kena tanya rehan kabir.dengar tgh belajar law untuk menolong bangsa dia yang sentiasa dizalimi.
Quote JibboTheCat 14-9-2020 04:42 PM
adoi kesiannya.. dugaan mencari rezeki yang halal
Quote LadyCarefree 14-9-2020 05:05 PM
Kesiannya. Kdg2 kerja masa panjat2 ni diorang xpakai safety harness sbab leceh
Quote lattehazelnut 15-9-2020 05:25 AM
60c panas ke? Belum menggelegak lg kan..
Quote cmf_jeangrey 15-9-2020 05:49 AM
kesiannya...harap x terseksa laa
Quote LemangGoreng 15-9-2020 11:13 AM
mmg kene tutup + saman kilang tu kang.. safety officer la menjawab
Quote sue_liah 15-9-2020 11:16 AM
Allah kesian nya..malang tak berbau
Quote arm_band 15-9-2020 05:29 PM
ngeri... dia dah puas hidup kot, panjat bumbung bangunan rambo camtu je
Quote MissVixen 15-9-2020 05:36 PM
Innalilah. Kesiannya. Penting ikut sop.
Quote ayra.e 16-9-2020 12:54 AM
Xdapat bayang tanggung seksa ..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.104907 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top