CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Nak Orang Undi Saya Sebab Artis" - Rich Estranged Nak Jadi Wakil Rakyat

14-9-2020 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19358| Komen: 62

Description: Vokalis Estranged, Rich bersedia melangkah ke dunia politik dan bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Vokalis Estranged, Rich bersedia melangkah ke dunia politik dan bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang.


Kredit foto: IG Estranged


Keputusan itu dibuat selepas dua tahun Richael Lawrence Gimbang, 38, melakukan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama Estranged di Tambunan, Sabah.

"Buat masa sekarang, saya hanya umum mengenai keputusan saya untuk bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang, bukan yang terkini. Saya akan bertanding untuk calon wakil rakyat Tambunan.



"Tapi saya tak tahu lagi nak sertai parti mana. Sejak 2018, saya dan ahli kumpulan Estranged selalu membuat CSR ke kampung pendalaman sekitar kawasan Tambunan. Jadi, dah tiba masanya untuk saya bertanding pula.

"Saya ada visi sepanjang tiga tahun sebelum pilihan raya seterusnya dan saya mahu lakukan yang terbaik untuk penduduk kampung terutamanya yang berdepan dengan masalah air, elektrik dan internet.

"Selain itu, fokus saya juga kepada pendidikan untuk anak-anak muda. Saya nak pastikan generasi muda di perkampungan mendapat pendidikan yang lebih baik," katanya kepada mStar.



Pun begitu, ia tidak bermakna Rich mengucapkan selamat tinggal kepada Estranged dan karier seninya.

"Malah, ahli kumpulan saya yang lain juga akan turut membantu saya. Kiranya ini adalah perjalanan Estranged.

"Mesti akan ada pihak yang fikir dunia muzik dan politik berlainan tapi saya nak buat sesuatu yang unik dan berbeza dimana dua bidang ini boleh berjalan seiring.

"Saya dan rakan-rakan akan pergi ke kawasan perkampungan untuk berkenalan dengan penduduk di sana. Saya tak nak ada pihak kata orang undi saya sebab artis.

"Saya nak orang kenal bukan setakat sebagai artis saja tapi boleh buat kerja dan saya juga nak memahami keadaan mereka serta apa yang mereka perlukan," jelasnya.



Lebih 10 tahun dalam industri hiburan, Rich menyatakan bahawa dia kini lebih matang dalam mengawal tekanan apabila berdepan kritikan negatif.

Rich juga menjanjikan akan memberi yang terbaik dan mengutamakan rakyat apabila menjadi wakil rakyat nanti. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whyas 14-9-2020 11:56 AM
lebat rambut
Quote Kurex 14-9-2020 11:58 AM
Helok pulak bila dah rambit pendek ni... Bertuah isteri dia...
Quote RatuDunia94 14-9-2020 12:00 PM
Heloknya rich ni.. dulu time AF x minat sangat..
Quote miemiecha 14-9-2020 12:07 PM
sapoooo??

gahahahah acah2...
Quote kakyungpilah85 14-9-2020 12:11 PM
Encem rich
Quote Belibis 14-9-2020 12:19 PM
Dulu macam dah botak ehh? Ke salah orang.
Quote MisXoXo 14-9-2020 12:19 PM
Bawah parti apa ni
Quote gold_teeth 14-9-2020 12:21 PM
Belibis replied at 14-9-2020 12:19 PM
Dulu macam dah botak ehh? Ke salah orang.

Ya pstu dia p buat treatment rsnya.. jd lebat trus
Quote Meiizu 14-9-2020 12:24 PM
estranged ni lagu best "yang pernah"..video klip mcm maroon5, drummer tu ensem wehhhh
[youtube]7rmhfc_Bo4k[/youtube]
Quote Themilo 14-9-2020 12:27 PM
Kurex replied at 14-9-2020 03:58 AM
Helok pulak bila dah rambit pendek ni... Bertuah isteri dia...

dulu rambut dia macam jarang & panjang.. sekarang dah buat treatment tanam rambut agaknya
Quote menjad 14-9-2020 12:29 PM
Calon bebas ker
Quote haruslah 14-9-2020 12:53 PM
Hancur hancur aku

Rupa rich ni mcm sorang pelakon budak2 dulu. Ade berlakon dlm citer sephia tu...

Btw jimmy palikat bertanding kan
Quote lotionmilo 14-9-2020 12:56 PM
haruslah replied at 14-9-2020 12:53 PM
Hancur hancur aku

Rupa rich ni mcm sorang pelakon budak2 dulu. Ade berlakon dlm citer sephia ...

Yess tambunan jugak
Quote lotionmilo 14-9-2020 12:58 PM
MisXoXo replied at 14-9-2020 12:19 PM
Bawah parti apa ni

Kan dia kata tatau lagi
Quote supermum 14-9-2020 12:59 PM
Meiizu replied at 14-9-2020 12:24 PM
estranged ni lagu best "yang pernah"..video klip mcm maroon5, drummer tu ensem wehhhh

Andy namanya. Tinggi namampus and memang hensem.
Quote TomyamPuteh 14-9-2020 01:02 PM
Aku x tgk AF jd mmg aku x knal dia ni. Amponkan saya
Quote Suchi 14-9-2020 01:18 PM
Masih menyanyi lagi ke ye group dia nih,
Dulu penah menang AJL kan dorang ni ke iols salah group?
Zaman indie group mendoniaa time tu
Quote bulan_gerhana 14-9-2020 01:19 PM
la... rich ni masuk politik ka...huhu... ade gak anak muda hati besar dlm politik.. sellau yg minat camni sbb family.. orka ke dia ni??
Quote kroit92 14-9-2020 01:23 PM
update la wiki dia ni

https://ms.wikipedia.org/wiki/Richael_Lawrence_Gimbang

pautan myspace pun ada lagi

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.364244 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top