CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

13 Tahun Berlalu, Kes Tragis Nurin Jazlin Tidak Pernah Ditutup

14-9-2020 03:09 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 34957| Komen: 129|Original author: Oleh: natrahn


"11 September 99, jam 6.30 pagi lahir Nurin Jazlin ke dunia, dipinjam hanya sementara dan meninggalkan keluarganya di dunia selama-lamanya pada 17 sept 2007. Selamat ulang tahun ke-21 kak ngah. Al-Fatihah dibaca," demikian hantaran Jazimin Abdul Jalil, bapa kepada Nurin Jazlin di Facebook, baru-baru ini.

13 tahun berlalu selepas pembunuhan kejam Nurin Jazlin

Bapa Nurin Jazlin, Jazimin Abdul Jalil, 47, telah berkongsi foto menziarahi pusara anaknya bersempena tarikh ulang tahun kelahiran yang ke-21 dan turut memuat naik gambar tersebut di Facebook.


Kredit foto: Facebook Jazimin Abdul Jalil



Loading FB Post...

Nurin Jazlin, 8, dilaporkan hilang selepas pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos 2007. Mangsa dikatakan dilarikan seorang lelaki menaiki sebuah van putih.

Pada 17 September 2007, polis menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan dalam beg pakaian di sebuah premis perniagaan di Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor sebelum keputusan ujian DNA mengesahkan mangsa adalah Nurin Jazlin.

Untuk info, siasatan kes bunuh Nurin Jazlin, sentiasa aktif dan tidak pernah ditutup. Memetik laporan Harian Metro, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, bukti penting dalam kes berkenaan sentiasa berada dalam bank data PDRM.

Kisah tragis kanak-kanak malang itu dibunuh memang sukar dilupakan. Ini kerana peristiwa Nurin Jazlin dibunuh kejam adalah kes pertama melibatkan kematian kanak-kanak secara tragis dan seterusnya kes melibatkan Sharlinie Mohd Nashar berusia 5 tahun yang hilang semasa bermain di taman permainan berhampiran rumahnya.

Semoga pelakunya dapat ditangkap dan menerima balasan setimpal atas perbuatannya. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
7

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 14-9-2020 03:13 PM
Banyak lagi kanak2 hilang dan ada sampai skrng xjumpa. Kesian. At least macam Nurin ada juga closure.
Quote gadget 14-9-2020 03:23 PM
ha'ah...kes dia ni mcm tergantung...sampai skrg pembunuh tak dapat dikesan...licik
Quote shernazz 14-9-2020 03:30 PM
LadyCarefree replied at 14-9-2020 03:13 PM
Banyak lagi kanak2 hilang dan ada sampai skrng xjumpa. Kesian. At least macam Nurin ada juga closure ...

Ioos paling ingat song sheng ke apa tu..
Masa tu iols darjah 2..hari hari masuk berita..masih tak jumpa
Quote kuzaime 14-9-2020 03:31 PM
Kes adik ni ngam2 masa aku sarat pgnant dulu2, lama aku murung kenapa ada yg terlalu kejam buat budak mcm tu. Adik sharlinie pun sampai skrg langsung x tau sama ada masih hidup ke x
Quote mizruncing 14-9-2020 03:51 PM
kes yg paling diingati. until now mmg berhati2 klu bawak anak keluar. mata memang tak lepas pandang anak
Quote hotmak 14-9-2020 03:56 PM
sharlinie tu sampai skrg tak jumpa kan
Quote saviour_09 14-9-2020 03:59 PM
zalim sangat budak ni pegi

moga Jahannam nanti teruk ko kena seksa, pembunuh!!!
Quote salmon-suki 14-9-2020 04:03 PM
Kes arwah ni ai terkesan..tp paling ai terkesan kes adik sharlinie y smpai skrg xde jejak..hrp2 dia masih hidup somewhere..tp kalau dia dah tak bernyawa,harap c pelaku akan kena kifarah y dahsyat!

C pelaku kes arwah nurin sama..ai doakan agar dia ni hidup tak tenang n kifarah maha dahsyat menanti
Quote husna_amal 14-9-2020 04:09 PM
Semoga pelaku terima balasan yang berat satu hari nanti.
Quote dewi_rina 14-9-2020 04:25 PM
Yang hilang tak jumpa2 tu lagi sedih tak tahu hidup ke mati
Kalau hidup lagi dah besar2 mereka ni kan
Quote LadyCarefree 14-9-2020 04:31 PM
shernazz replied at 14-9-2020 02:30 PM
Ioos paling ingat song sheng ke apa tu..
Masa tu iols darjah 2..hari hari masuk berita..masih tak ...

Oooooo. iols tanya pakcik google. Kesiannya lahai kes2 yg tiada closure


https://lobakmerah.com/7-kes-kehilangan-dan-pembunuhan-kanak-kanak-yang-pernah-menggemparkan-malaysia/
Quote xtahumenahu 14-9-2020 04:34 PM
dewi_rina replied at 14-9-2020 04:25 PM
Yang hilang tak jumpa2 tu lagi sedih  tak tahu hidup ke mati
Kalau hidup lagi dah besar2 mereka  ...

sedih fikir...kalau x dah anak dara dah
Quote anony-mous 14-9-2020 04:39 PM
Sedih sgt. Smpai hati buat budak2 mcm ni. Klau baca yg luar negara pon sedih. Celaka pedo2. I cuma harap mangsa2 ni kalau dah x ada, moga syurga la buat korang.
Quote supernaturalee 14-9-2020 04:40 PM
setiap pesalah tu mskkan dlm bank data
even yg disabitkan pun sama
sooner or later i believe akn ade yg hit


Quote dewi_rina 14-9-2020 04:43 PM
xtahumenahu replied at 14-9-2020 04:34 PM
sedih fikir...kalau x dah anak dara dah

Arwah nurin ni cantik kan.. dari kakak dgn adik dia
Muka dia manis je
Quote TomyamPuteh 14-9-2020 04:43 PM
Dh 21 dh arwah ye. Rasa mcm baru je peristiwa ni berlaku
Quote lavendernovella 14-9-2020 04:50 PM
Ramai budak hilang , cuma tak masuk media jer.
Quote Rogue98 14-9-2020 05:48 PM
Sedih kan... especially bila tau cara kematian dia sgt terseksa. Tak dpt bayang kan perasaan mak and ayah arwah. Yang hilang x jumpa tu pun ntah apa yg jadi...
Quote slavehunter 14-9-2020 05:54 PM
Bagus betul kalau Malaysia ni boleh buka balik Cold case, panggil la detective expert dari America ker tolong.

Lihat semua komen(129)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.049804 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top