Pasangan warga emas tergamak membakar seorang bayi lelaki. Kejadian yang berlaku di Tamil Nadu, India itu menyaksikan mayat bayi malang tersebut ditemui di belakang sebuah premis teater.
Sumber polis memberitahu, bayi tersebut dipercayai masih hidup sewaktu dibakar. Daily Star melaporkan, bayi tersebut merupakan anak kepada seorang wanita berusia 22 tahun yang hamil luar nikah. Difahamkan wanita yang dikenali sebagai Sankaragomathi itu pernah cuba untuk menggugurkan kandungannya sebanyak dua kali sebelum ini. "Gadis itu hamil selepas menjalinkan hubungan dengan lelaki bernama Shankar. Bayi itu dilahirkan pada awal pagi sebelum ibu Sankaragomathi membalut bayi berkenaan dengan kain dan menyalakan api."
Polis telah menahan warga emas tersebut serta bapa bayi berkenaan. -CARI
|
RatuDunia94 replied at 12-9-2020 11:48 AM
Perlu ke porumer cari tahu perkembangan semasa di Tamil Nadu?
RatuDunia94 replied at 12-9-2020 11:48 AM
Perlu ke porumer cari tahu perkembangan semasa di Tamil Nadu?
sarah82 replied at 12-9-2020 01:43 PM
Tak penting?
Kat forum ni.. Yg perasan LIBERAL & URBAN hanya fikir Melayu dan Islam saja paling ...
ip_lepat replied at 12-9-2020 04:07 PM
ikutkn kata dema, islam je ganas
kaum dema suci murni bak embun pagi
ADVERTISEMENT