Uyaina Arshad sebenarnya tak pernah merancang untuk bekerja dalam industri hiburan. Pelakon dan pengacara ini bagaimanapun percaya dengan aturan Allah untuk dirinya.
Tak sangak anak kampung seperti dirinya mampu memceburi bidang pengacaraan bersama orang hebat di dalam industri katanya. "Saya adalah seorang anak kampung yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Tak pernah terfikir akan bekerja di hadapan kamera, satu frame dengan orang hebat," tulisnya di Instagram. Dalam masa yang sama Uyaina sempat mengingatkan golongan muda agar tidak berasa bersalah sekiranya tidak bekerja dalam bidang yang dipelajari semasa di universiti dulu. Sekarang ini Uyaina menjadi rebutan penerbit dan pengarah untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan.
Difahamkan sekarang dia sedang sibuk shooting drama Perempuan Tanpa Dosa arahan Michael Ang. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|