Seorang pengembala lembu menemui mayat bayi yang berbalut tuala wanita ketika menjaga ternakannya. Kejadian yang berlaku di Kelurahan Sasi, Kota Kefamenanu, Nusa Tenggara Timur di selatan Indonesia itu menyaksikan Dominggas Angket menemui bayi berkenaan selepas seekor daripada tenakannya menghampiri kotak kadbod yang diikat tali rafia.
Dia terkejut apabila menemui mayat bayi yang sudah busuk di dalamnya. Dominggas kemudiannya meberitahu suaminya Benediktus Taela sebelum pergi membuat laporan polis. Pegawai polis, Sujud Alif Yulamlam berkata, "Jenazah bayi yang sudah busuk itu dibungkus menggunakan plastik merah dan tuala wanita."
Kes masih dalam siasatan sementara mayat bayi malang tersebut sudah dikebumikan di tanah perkuburan umum Bijaesunan di Kilometer 5 Atambua. -CARI
|
ADVERTISEMENT