CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mesin Atm Dalam Kolam Ikan

23-10-2013 10:00 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5962| Komen: 26


MOHD. MOKHTAR menunjukkan sebahagian mesin ATM yang dibuang dalam kolam pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru semalam

JOHOR BAHRU , 23 Oktober - Polis menumpaskan sindiket pecah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) selepas menahan enam lelaki termasuk remaja bawah umur dalam serbuan berasingan di Ulu Tiram di sini pada Khamis lalu.


Bersama suspek berusia 15 hingga 35 tahun itu, polis menjumpai lima buah mesin ATM yang telah dilarikan, sebuah trak tunda, dua bilah parang panjang dan sebuah beg berisi enam gulung tali.


Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, siasatan mendapati kumpulan suspek itu cuba melupuskan barang-barang kes bagi mengelak dikesan polis sepanjang tiga bulan mereka beroperasi.


"Selepas mengambil wang, suspek akan membakar kenderaan (yang digunakan untuk melarikan mesin ATM) dan membuang mesin ATM ke dalam kolam terbiar di Kampung Ban Foo, Ulu Tiram," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 23-10-2013 02:49 AM
Tahniah polis!!! Syabas!!!
Quote Al-Patih 23-10-2013 05:01 AM
Taniah ...satu lagi kes jenayah ..diselesai ...
Quote sitisitu25 23-10-2013 07:12 AM
nk wat apa ni? tukun ke? :lol
Quote sushi232 23-10-2013 08:03 AM
perghhhh...mmg bijak la buang dlm kolam..
Quote gaara_X 23-10-2013 08:41 AM
pergh!!...hebat.....
Quote mizmini 23-10-2013 08:54 AM
ishhh camne leh dorang boleh pikul larikan mesin tuh..
Quote leylapple 23-10-2013 08:56 AM
1st time aku dgr ada tangkapan dgn penjenayah mesin atm...
Quote yayah8989 23-10-2013 09:03 AM
wakakaka lawak lak ase
Quote Cakkkk....aaaa 23-10-2013 09:16 AM
hahaha.. patut la mancing asyik sangkut jah!!

pasni kena mancing pakai rantai besi lah kot..
Quote amboimak 23-10-2013 09:42 AM
tahniah polis..

budak bawah umur pun ada.. kecik2 dah merompak.. adoyai
Quote nurul_akmar 23-10-2013 10:38 AM
ape la budak 15 tahun pon join skali
Quote ell768 23-10-2013 10:40 AM
ok laa tu rompak mesin atm dr duk pulun rompak org..dah laa rompak org yg miskin2...org yg kaya2 tu xnak rompak plak...huhuhuhu
Quote miawpink 23-10-2013 10:40 AM
nanti mesin atm tu kalo lama kat dlm sungai tu bertukar jd ikan duyung lak
Quote niceghost2005 23-10-2013 10:45 AM
Remaja bawah umoq tu adalah ANAK DIDIK depa laaaa

5 tahun lagi..........jadi TAIKO BUSAQ

Abih seantaero Johor Baharu menjadi kawasan jajahan dier!!

hangpa apa ada????
Quote purpledesire 23-10-2013 11:19 AM
congratulations PDRM..
Quote azlinahmad 23-10-2013 11:39 AM
sepandai pandai tupai melompat...akhirnya jatuh ke tanah jua
Quote atj1 23-10-2013 11:46 AM
Mesin berharga lebih Rm100K di campak mcm tu saja.   :Q
Quote Loxlaxman 23-10-2013 11:46 AM
Dulu rompak bank sekarang rompak mesin ATM bank .. lepas ni depa pi merompak sperm bank la pulak ... mangkuk ayun punya penyamun!
Quote batmana 23-10-2013 12:12 PM
cmne leh kantul?

ada tracking device ke dlm mesin atm tu.?

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.075829 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top