Lia Natalia mendakwa dirinya diekori oleh individu yang tak dikenali di kawasan tempat tinggalnya. Susulan itu pelakon ini terpaksa membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara bagi melindungi keselamatan dirinya.
Katanya ia pertama kali berlaku sepanjang dua tahun tinggal di kawasan tersebut.
"Sejak kebelakangan ini saya perasan macam ada orang tahu saya tinggal di mana. Ditambah apabila sudah dua kali 'parcel' atau barang kiriman saya hilang di pondok pengawal. Satu barang yang dibeli sendiri dan satu lagi barang untuk buat ulasan (review). "Setiap kali pulang rumah, seperti ada yang mengekori. Malah, pembantu peribadi (PA) yang tinggal bersama pun ada memaklumkan ada cubaan membuka pintu rumah saya secara perlahan-lahan selain ada orang selalu lalu-lalang depan rumah. "Sebelum ini saya tinggal seorang diri dan baru saja ada PA. Tapi, ia tetap merisaukan saya sebab kadang pulang lewat malam dari lokasi penggambaran," katanya kepada Harian Metro. Setakat ini polis sedang menjalankan siasatan tentangnya. "Sebelum buat laporan polis, saya juga sudah membuat laporan kepada pihak pengurusan tempat tinggal dan pengawal keselamatan. "Mereka sudah melihat kamera litar tertutup (CCTV) dan sekarang siasatan lanjut sedang dijalankan," tambahnya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|