Angkara cemburu kekasih bermain kayu tiga, remaja lelaki nekad menyetubuhi teman wanita sebelum membunuhnya. TribunNews melaporkan, pembunuhan di Bandung itu terbongkar selepas ibu suspek berusia 17 tahun berkenaan curiga dengan guni yang ditinggalkan di rumahnya.
Ketua Polis Komisioner Hendra Kurniawan mengesahkan kejadian bagaimanapun enggan mendedahkan identiti mangsa yang juga masih di bawah umur. Katanya, kejadian berlaku pada Rabu sekitar jam 5 petang apabila mangsa ke rumah sewa suspek dengan menaiki basikal. Justeru, suspek bertanya mengenai posting seorang lelaki di media sosial mangsa yang kemudian mengakui itu teman lelakinya. Cemburu dan kesal dengan kecurangan kekasihnya, suspek memujuk mangsa melakukan hubungan intim seperti suami isteri di rumah sewa berkenaan. Sebaik selesai bersetubuh, remaja terbabit terus menjerut leher mangsa menggunakan tali yang ditemuinya hingga meninggal dunia sebelum menyumbat mayatnya ke dalam guni dan ditinggalkan begitu saja di ruang tamu.
Sebaik kembali ke rumah itu, dia disoal ibunya yang menemui guni berkenaan dan curiga dengan isinya. Ibu suspek terkejut apabila anaknya mengakui baru selesai membunuh mangsa dan memujuk remaja itu menyerahkan diri di balai polis. Suspek berdepan hukuman penjara lima tahun hingga 15 tahun dan kes masih dalam siasatan. - CARI
|
husna_amal replied at 7-8-2020 04:40 PM
Teruknya dah la rogol lepastu bunuh cara kejam pula tu. Kenapa lah hukuman dia tak berat sangat.
Kurex replied at 7-8-2020 08:45 AM
Ni mati dalam apa ni?
Jitu replied at 7-8-2020 09:07 AM
(Cemburu dan kesal dengan kecurangan kekasihnya, suspek MEMUJUK mangsa melakukan hubungan intim se ...
Jitu replied at 7-8-2020 05:07 PM
(Cemburu dan kesal dengan kecurangan kekasihnya, suspek MEMUJUK mangsa melakukan hubungan intim se ...
ADVERTISEMENT