Seorang isteri berang selepas terjumpa seekor ular tedung di dalam tab mandi rumahnya. Menurut Daily Star, bangkai haiwan tersebut yang ditemui di tapak pembinaan bangunan dibawa pulang oleh suaminya.
Difahamkan Andre du Preez, 54 dipanggil untuk menangkap ular sepanjang enam kaki itu. Dia kemudiannya mengutip ular tersebut sebelum memanaskan air untuk menghidupkannya semula. Bagaiamanapun Andre tidak tahu isterinya, Tossie, 55 pulang ke rumah dan hanya sedar selepas isterinya menjerit. "Tossie kata saya sepatutnya membuat satu bilik mandi sendiri di dalam rumah untuk menyimpan ular. Dia kata kalau terjumpa lagi ular dalam bilik mandi, perkahwinan kami selama 32 tahun bakal musnah!"
Andre sudah menangkap ular selama 35 tahun tahun dan telah menyelamatkan 250 hingga 300 reptilia itu setiap tahun. -CARI
|
ADVERTISEMENT