Dayang Nurfaizah bukan macam segenlintir wanita lain yang memilih untuk menjalani rawatan kosmetik atau melakukan pembedahan pada wajah. Kata penyanyi berusia 39 tahun ini, dia tiada keberanian untuk melakukan sebarang perubahan wajah kerana takut dengan kesannya nanti.
"Saya tak pernah terfikir tentang rawatan pada bahagian muka sebab saya takut. Takut perubahan itu tak menjadi dan hanya memberi kesan kekal. "Kalau boleh tak mahu, biarlah tua secara semulajadi dan terimalah seadanya. "Tetapi saya tak membantah orang yang mahu melakukan pada wajah mereka. Klau itu boleh buat mereka yakin, tak apa!" katanya kepada mStar Online.
Dayang mempunyai cara tersendiri untuk mengekalkan kulit wajah supaya sentiasa sihat dan cantik. "Semakin meningkat usia, saya lebih utamakan penjagaan wajah sebaba bagi saya kalau kulit sihat, kita mekap sikit pun dah okay. Sekarang ini saya hanya lebih menitikberatkan rutin penjagaan harian," tambahnya.
Tambah Dayang, tak semestinya perlu kulit putih untuk kelihatan cantik kerana warna kulit sama sekali tak menentukan kecantikan seseorang kerana ia adalah perkara yang subjektif. Baginya kecantikan itu apabila kita ada keyakinan. "Nak cantik tak perlu nak ubah-ubah wajah cuma kita perlu tambah seri sahaja. Kadang-kadang keunikan atau kelainan pada muka seseorang itu buat kita istimewa." -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|