CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Sharnaaz Ahmad Nafi Bergaduh Depan Khalayak

22-10-2013 12:48 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11030| Komen: 48


Sharnaaz Ahmad


PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad menyifatkan dakwaan mengenai dia terlibat dalam pergaduhan dengan berbalas tumbukan bersama seorang pengguna jalan raya di kawasan Ampang adalah mengarut.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 28, menafikan gosip tersebut dan bertegas sehingga kini dia belum pernah lagi terbabit dengan mana-mana pergaduhan.
"Siapalah yang buat cerita ini tanpa bertanya pada saya dahulu? Saya tak buat perkara itu.

"Janganlah menuduh saya sembarangan. Apapun saya terima gosip ini sebagai dugaan dalam hidup," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Isnin.

Pada Ahad lalu, sebuah akhbar mingguan dalam ruangan pojok melaporkan Sharnaaz telah bergaduh dengan seorang pengguna jalan raya lain sehingga membelasah lelaki tersebut dengan teruk.
Sharnaaz juga tidak terkecuali terkena tumbukan ketika insiden tersebut. Pergaduhan itu membuatkan kawasan jalan raya itu sesak kerana ia turut disaksikan orang ramai.


Dalam pada itu tambah Sharnaaz yang baharu saja selesai penggambaran drama Baby Yana (untuk saluran RTM), dia berharap masyarakat tidak sembarangan mempercayakan gosip tersebut hanya kerana dia dilihat seorang yang baran.

Bagaimanapun, bekas kekasih Shila Amzah itu mengakui, dia akan mempertahankan dirinya andakata dia dikasari mana-mana pihak.
"Jujurnya dahulu saya seorang yang pemarah dan cepat naik angin. Tetapi manusia boleh berubah bukan?

"Saya tidak akan memukul orang tanpa sebab dan akan bawa berbincang dahulu jika sesebuah masalah itu timbul. Perasaan marah saya kini sudah boleh dikawal," ujarnya.
Dalam perkembangan terbaharu, Sharnaaz kini sibuk membuat latihan senaman bina badan di sebuah gim bagi tuntutan wataknya sebagai lelaki antagonis sebuah drama 60 episod (belum tahu judulnya) bagi siaran Astro Mustika.

Kata pelakon itu, kerana drama itu juga dia terpaksa menurunkan berat badannya daripada 80 kilogram (kg) kepada 72 kg. Dan kemudian dia membina badan semula sehingga berat mencecah 82 kg.

Sementara itu, ditanya pula sudahkan dia memiliki pasangan baharu selepas putus hubungan dengan Shila, katanya, dia belum bersedia lagi untuk bercinta.
"Saya bukannya serik, tetapi biarlah fokus pada kerja dahulu. Jika bertemu dengan wanita dirasakan sesuai dengan diri, saya tidak akan mengambil masa lama untuk berkahwin," tuturnya.
1

Bagus
2

Marah
9

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 22-10-2013 12:54 AM
Ummah mamak memang short-tempered eh? ..kesian
Quote aderaderker 22-10-2013 01:01 AM
Aku xde la suke sangat kat mamat mamak ni tp wartawan yg tulis tu ade buktikah?
Ker just dengar citer dari kakak kepada sepupu belah mak tiri biras dia?????
Quote setankuning 22-10-2013 01:06 AM
katanya ada ramai saksi di tempat kejadian
takkan ada kembar kot?
atau wartawan tu tak buat homwork main tulis je story?
Quote myariesa 22-10-2013 01:47 AM
tggu kot2 ada yang upload video brtumbuk kat fb
Quote Grengo 22-10-2013 03:19 AM
penumbuk dua serupa... haha
Quote KetiakBacin 22-10-2013 03:38 AM
ahahhaaaaaaaaaa
Quote espri6006 22-10-2013 06:46 AM
check in dulu pepagi ni
Quote shanshero 22-10-2013 07:12 AM
Dah populR sekarang  . Ada gak pengarah
Yang minat ambik belakon walau perangai
Hampes
Quote mitnick 22-10-2013 07:17 AM
sesapa yg selalu lalu ampang & mungkin saksi kejadian boleh tampil memberi komen
Quote revolusi_30 22-10-2013 07:19 AM
Takan dlm donia rini takda sorang pun penonton nak amek video kot ... Tak lojikk.
Quote debab_78 22-10-2013 07:26 AM
bukan dia kot.. mana tau muka seiras ke.. (bersangka baekkk)
Quote yayah8989 22-10-2013 08:04 AM
asal gaduh je budak ni
Quote cik_pink 22-10-2013 08:04 AM
aku xheran bin ajaib klu dia ni bertumbuk dgn org.
blagak samseng plak
Quote misskitty 22-10-2013 08:05 AM
lan todak betul ni..
Quote arianakhalid 22-10-2013 08:13 AM
betulkah???
Quote mamapea 22-10-2013 08:44 AM
sharnaaz ni sblm ni baik jer..family pun org baik2..rasa2nya org yg suka sgt dok cari psl dgn dia kot..
Quote peah311 22-10-2013 08:49 AM
kata ramai org..sampai sesak bagai...xkan sorg pon xde hp camera? xlogikxlogik.
Quote nurfariezza 22-10-2013 08:54 AM
nk jgak petik nama shilalat dlm artikel ni..
sje je wrtawan ni nk ungkit2 story lame...
Quote suterabiru123 22-10-2013 08:57 AM
I tahu heols ni baran tapi wartawan suka main terjah...dh ramai saksi mesti ada yg rakam..baik kita tunggu utube or fb.. huhu

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.126896 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top