Dalam satu video yang tersebar di laman sosial, pelakon Nia Ramadhani kelihatan selamba dan tidak risau apabila Ardi Bakrie seolah-olah memberi bayangan ingin menambambah isteri. Katanya seperti dipetik dari Liputan6, dia percaya bahawa suaminya itu tidak akan tergoda dengan wanita lain dan tidak akan menduakannya.
"Kita sebagai wanita perlu percaya pada diri. Sebagai seorang isteri, kita perlu yakin pada diri sendiri. Tak perlu fikir soal wanita lain," katanya. Nia juga percaya bahawa Ardi hanya bergurau dengannya. Penuh yakin diri, Nia mendakwa dia sudah cukup sempurna buat suaminya. "Jika suami tidak melayan saat dihampiri wanita lain, tidak akan berlaku apa-apa. Jadi, tidak perlu risau seperti orang lain. "Kalau lelaki sudah percayakan kita, dia tidak akan mahu digoda wanita lain," ujarnya.
Difahamkan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata selepas berkahwin pada 1 April 2010. - CARI
|
apedehal: Konfidennya sis...ada kunci apa2 lah tu..heuheu
helicornia replied at 27-7-2020 12:19 PM
[quote]cmf_premierleag: nia ni cerdikardi nk kawen baru, pegi la kawen barusbb nia punyai 2 ANAK LEL ...
ADVERTISEMENT