"Pada awalnya Erra hanya demam biasa. Dia juga sengal-sengal badan dan sakit urat. Pagi tadi, pergi hospital dan doktor sahkan Erra menghidap demam denggi." Aktres popular, Erra Fazira dimasukkan ke pusat perubatan di Petaling Jaya akibat demam denggi pada Khamis lalu. Ianya disahkan oleh pembantu peribadinya, Sharendra Abd Razak yang mengesahkan perkara itu. Sharenda turut menyatakan Erra mula mengalami demam panas sejak lima hari lalu, seperti yang diceritakan kepada Harian Metro. "Ini kali kedua Erra dimasukkan ke wad. Kali pertama ketika melahirkan Aleesya dulu." Menjengah laman Instagram Erra, tiada kemas kini di 'feed' menjelaskan keadaannya yang terkini. Akan tetapi ,di IG Story, Erra menyiarkan klip video pendek rakan-rakannya datang melawat serta buah tangan daripada pelbagai klien yang pernah bekerjasama dengannya dahulu. "Thank you so much yang bagi bunga dan ucapan ini. Thank you everyone." Mendengar suaranya yang ceria seperti sediakala menandakan Erra berada dalam keadaan stabil. Disebabkan keadaan yang Erra masih berada di wad, maka beberapa komitmen kerja Erra terpaksa ditunda seperti mengacarakan program Mingguan Wanita di Astro, program Go Shop dan penggambaran
drama Gerak Khas. Semoga primadona Erra Fazira segera sembuh.- CARI |
limaupurut20 replied at 23-7-2020 03:54 PM
get well soon kakak ratu cantiques. moga hemoglobin naik cepat
BicaraHatiku replied at 23-7-2020 04:11 PM
mengimbau kenangan lama...
tumpanglalu74 replied at 23-7-2020 04:13 PM
1993 - Ulang2 lagu ni dengan lagu Nora tu.. 16 jam stret.
syadq replied at 23-7-2020 04:03 PM
Platelet kot sis kalau kait dgn denggi.
PristineOne replied at 23-7-2020 05:14 PM
Cepat sembuh dinda....
tumpanglalu74 replied at 23-7-2020 04:13 PM
1993 - Ulang2 lagu ni dengan lagu Nora tu.. 16 jam stret.
ADVERTISEMENT