Seorang wanita menemui bangkai seekor tikus dalam pek makanan yang dibelinya di sebuah pasaraya terkemuka. Metro UK melaporakn, wanita tersebut yang dikenali sebagai Cath McCall Smith dari Durham menyangka dia sedang mengunyah bahagian tulang pada mulanya.
Namun sangkaan =nya meleset apabila daging tersebut adalah bangkai tikus. Dalam gambar yang dimuat naik di media sosial, jelas kelihatan gigi, misai dan bulu pada 'ketulan daging' yang diliputi sos itu. Difahamkan Cath juga muntah selama 12 jam selepas memakannya. Dia turut memberi amaran kepada orang lain supaya jangan membeli makanan tersebut.
Pasaraya berkenaan memberi reaksi dengan memaklumkan pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut." -CARI
|
ADVERTISEMENT