CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembantu Perubatan Tak Mengaku Tumbuk Kepala Isteri Sebab Panggil Juruteknik Lelaki

24-7-2020 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14113| Komen: 191

Pembantu perubatan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menumbuk kepala isterinya bulan lalu.

Hafifi Fikri Jamal, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Teoh Shu Yee di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam.



Kredit foto: Sinar Harian

Mengikut pertuduhan, Hafifi didakwa dengan sengaja menumbuk kepala isterinya, Nadia Zaharah Azmi, 31, di sebuah rumah di Taman Bertam Indah kira-kira jam 7 petang pada 6 Mei lalu selepas berang mangsa yang juga pegawai perubatan di sebuah klinik kesihatan memanggil juruteknik lelaki membaiki kipas dan lampu di rumah mereka tanpa pengetahuannya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM4,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu diberikan jaminan rendah atas alasan perlu menjaga dua anak mereka yang masih kecil.


Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal tidak mencadangkan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh atas faktor keselamatan mangsa.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM1,600 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai dan menetapkan sebutan semula kes serta serahan dokumen pada 1 Oktober depan. - CARI

1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 24-7-2020 12:39 PM
29? Nampak macam 40 ke atas
Quote Bedah.Cun 24-7-2020 12:41 PM
Boroihudoh patutlah
Quote najib888 24-7-2020 12:45 PM
Tu la kan.. 29 baru.. boroi bak tembikai susu..sorry terbody shaming..hehehe
Jeles sampai tera tu.. yg hang pi sekeh pala bini buat apa? Kot la nak tolong repair kipas ka.. ni mesti bini tak tahan suruh betulkan kipas tapi dok buat bodo..
Padan muka..
Quote sarah82 24-7-2020 12:47 PM
Isteri dia Dr.. Dia pulak MA.. Ada juga kes ego ni..
Quote GigaMom 24-7-2020 12:51 PM
Kenapa semua jantan kuat jeles ni pukul bini x pukul jantan yg tlibat??
Quote Delifrance 24-7-2020 12:56 PM
Pertuduhan dibacakan okeh jurubahasa?
Quote Delifrance 24-7-2020 12:57 PM
Pertuduhan dibacakan okeh jurubahasa?
Quote helicornia 24-7-2020 12:57 PM
sarah82: Isteri dia Dr.. Dia pulak MA.. Ada juga kes ego ni..

tu la. bini doc tu...
Quote ellez 24-7-2020 12:59 PM
Tgk rupa macam tak hensem..
Patutlah cemburu mesti bini tu lawa..
Tapi lelaki hensem dan super hensem pun ada jugak jenis jeles tak tentu hala..
Ermmm
Quote sarah82 24-7-2020 01:14 PM
helicornia replied at 24-7-2020 12:57 PM
tu la. bini doc tu...

Kan.. Ramai kot psgn mcm ni.. Tapi yg ni jenis panas baran dan ego
Quote YouWilted 24-7-2020 01:19 PM
Mesti juruteknik tu hot giler
Quote dudaberhias 24-7-2020 01:20 PM
boroi... dan tengok pada warna kulit dah terpancar aura panas baran tu....
warna kulit dia macam menteri duk babi babi babi tu siap rambut potong tepi ke macam mana.
Quote SR4tahun 24-7-2020 01:21 PM
dr tu pon bangang kawin MA buat apa
Quote asamfish 24-7-2020 01:22 PM
Pembantu perubatan ni bukan MO ke?  Kira dr jugak...
Quote syamzana 24-7-2020 01:28 PM
elok2 ada keje gomen tak pasal2 jg penggaggur nati.
Quote sarah82 24-7-2020 01:29 PM
asamfish replied at 24-7-2020 01:22 PM
Pembantu perubatan ni bukan MO ke?  Kira dr jugak...

Bukan chuols.. Pegawai perubatan tu Dr.. Pembantu perubatan MA biasanya lelaki.. Kalau bab dressing luka, masukkan tiub susu,  ambik darah,...depa ni lagi handal dari dr & nurse
Quote sarahmirza 24-7-2020 01:31 PM
Itulah... Jadi suami ni biar berguna kepada isteri dan keluarga... Baiki lampu dan kipas pun ko tak pandai, apa yg dibanggakan? Dah la boroi..

Quote LadyCarefree 24-7-2020 01:33 PM
sarah82 replied at 24-7-2020 12:14 PM
Kan.. Ramai kot psgn mcm ni.. Tapi yg ni jenis panas baran dan ego

#suguspabi
Quote Sazida 24-7-2020 01:36 PM
Dah ler boroi, perangai mcm babi pulak. Elok lah duk dlm penjara tu

Lihat semua komen(191)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.211742 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top