CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nelayan Dirasuk Jembalang Udang Hilang Di Bukit!

22-10-2013 11:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3740| Komen: 18

Kena rasuk selepas memukat udang
Sandakan. 20 Oktober : Seorang nelayan yang baru pulang daripada memukat udang di laut seperti dirasuk makhluk halus apabila tiba-tiba menjerit dan berlari ke arah sebuah bukit lalu terus ‘ghaib’ sehingga kini.


Dalam kejadian jam 1 tengah hari di Kampung Sim-Sim, di sini, Selasa lalu, lelaki berkenaan dikenali sebagai Siga Raba, 32, bersama lima lagi nelayan dalam perjalanan ke rumah rakan mereka untuk menikmati hidangan tengah hari sempena Aidiladha.


Namun, ketika dalam perjalanan merentasi hutan, mangsa dikatakan menjerit lalu berlari ke arah sebuah bukit di dalam hutan dan terus menghilangkan diri.

Rakan mangsa yang melihat kejadian itu cuba mengejar mangsa namun gagal.

Malah, kumpulan nelayan yang baru berlabuh selepas beberapa hari memukat udang di laut itu bingung memikirkan nasib rakan mereka yang tiba-tiba ghaib di dalam hutan.


Menurut rakan mangsa, Rahman Marula, 36, mereka dalam perjalanan ke rumah rakan sebelum Siga tiba-tiba berlari ke arah bukit dan terus ghaib.

“Sebaik melihat mangsa melarikan diri ke arah bukit, kami cuba mengejarnya tetapi gagal dan hilang tanpa dapat dikesan.

“Berikutan kejadian itu, saya bersama beberapa penduduk kampung melakukan gerakan mencari mangsa di situ namun tidak menemui petunjuk, menyebabkan kami membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Rahman berkata, semua mereka bekerja sebagai nelayan dan baru berlabuh selepas memunggah udang ke jeti.

“Ketika berada di laut, tiada petanda pelik ditunjukkan Siga. Malah, dia kelihatan seperti biasa sehingga tiba-tiba menghilangkan diri dengan berlari ke hutan,” katanya.

Sementara itu, Penyelia Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Sandakan Sapli Derun berkata, sebaik menerima laporan jam 10 pagi kelmarin, sepasukan anggota dikerah ke tempat kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Sehingga hari ini, mangsa masih gagal ditemui. Tujuh anggota terbabit dalam operasi mengesan mangsa,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote subee 20-10-2013 08:49 AM
Polis kena siasat habih2 yang 5 nelayan lagi tu.....entah2 Siga  Raba  dah dicampak kat  dalam laut sana nun...
Quote noor2 20-10-2013 09:04 AM
subee posted on 20-10-2013 08:49 AM
Polis kena siasat habih2 yang 5 nelayan lagi tu.....entah2 Siga  Raba  dah dicampak kat  dalam laut  ...

betul sangat....

ni semua menurut cerita rakan2nya....

entah2 mereka yang bunuh beliau dan mengadakan cerita...

ni kalau pilem mat saleh ni..sah kawan2nya pembunuh...

Quote ell768 20-10-2013 09:08 AM
Sesuatu betul
Quote saladin780 20-10-2013 09:09 AM
jembalang udang
Quote noor2 20-10-2013 09:10 AM
saladin780 posted on 20-10-2013 09:09 AM
jembalang udang

sib baik tak jembalang ikan bilis..
Quote MissNigga 20-10-2013 09:13 AM
subee posted on 20-10-2013 08:49 AM
Polis kena siasat habih2 yang 5 nelayan lagi tu.....entah2 Siga  Raba  dah dicampak kat  dalam laut  ...

khenzzzz......

sesuatu jer kalo dengar citer cam nie ...cam ada bau bau ikan masin sajork
Quote reddots 20-10-2013 09:23 AM
Ayo tong.. ko main tepek je kah? Janji dpt letak tajok catchy tanpa baca content kah?

Kan penjelasan ada kat para 2 n 3...

Tu pun kalau betul.. kalau x mmg la disaspek.kwn2 yg lain tu..
Quote saladin780 20-10-2013 09:24 AM
noor2 posted on 20-10-2013 09:10 AM
sib baik tak jembalang ikan bilis..

morning noor..sarapan sudah?
Quote noor2 20-10-2013 09:29 AM
saladin780 posted on 20-10-2013 09:24 AM
morning noor..sarapan sudah?

morning ....belom...sejak 4 hari keluar masuk toilet...dalam sehari tah berapa kali..sakit perut
Quote tongkatwaran75 20-10-2013 09:33 AM
  “Ketika berada di laut, tiada petanda pelik ditunjukkan Siga.


takde petanda katanye...
Quote rayna_raynes 20-10-2013 09:58 AM
Kulari ke hutan, kemudian teriakku....
Ku lari ke pantai kemudian menyamyiku,,,,



Pehhh mmg puisi la
Quote GhostWalking 20-10-2013 01:13 PM
Kalau betul seram gak tuh
Quote akakbosan 20-10-2013 01:20 PM
Jembalang udang? Why not jembalang bukit?
Quote koondoor 20-10-2013 01:30 PM
Jembalang udang? Ada potensi kena rasuk lepas makan udang petai,
Quote Bateesta 20-10-2013 01:33 PM
sah yg jembalang yng rasuk nelayan ni JEMBALANG PPRT.....

kalau yg class pnya jembalang , dah tentu dia pilih orang kaya...plg kurang pun standard menteri cam isamudin ke....zahid hamidi ke.......nazri teksi ke.....


Quote rdzaccess 22-10-2013 12:48 PM
jembalang udang di kejar jembalang hutan ...
Quote paranormal_boy 27-10-2013 08:31 AM
peh keramat  udang bukit botingkek tingkek Last edited by paranormal_boy on 27-10-2013 08:33 AM

Quote ketipongtipah 21-10-2021 04:58 PM
Semalam toyol hari ni jembalang pulok naik balik topik

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.050043 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top