Aktres Maya Karin menerima pengiktirafan Anugerah Juri dalam
kategori Pelakon Wanita Terbaik (Commendation in Best Actress Category)
di Ramsgate International Film & TV Festival yang berlangsung pada
11 hingga 14 Jun 2020 lalu.
Lakonannya sebagai Makcik Fatimah dalam filem 'Olympic
Dream' berjaya menarik perhatian juri. Malahan Maya, 41, tidak menyangka dengan pengiktirafan tersebut seperti yang dilaporkan Astro Gempak.
"Mungkin apa yang saya cuba sampaikan dalam filem ini memberi impak
kepada juri dan penonton. Sejak pertama kali menerima skrip filem ini,
ia sudah pun memberi kesan secara peribadi kepada saya."
Maya dalam kenyataannya turut berterima kasih kepada pengarah dan pihak produksi yang
memberi peluang kepadanya untuk berkarya mengikutnya sendiri.
"Dengan pengiktirafan ini, saya lebih bersemangat untuk terus memberikan
yang terbaik dalam setiap naskhah yang saya bintangi."
Ramsgate International Film & TV Festival merupakan sebuah festival filem yang berpusat di bandar pesisir Ramsgate, England sejak 2017 lagi. Festival ini memberi platform kepada pembuat filem bebas dari UK dan antarabangsa untuk berkongsi karya baru. 'Olympic Dream' filem arahan sutradara Don Hoe ini menyaksikan Maya memegang watak sebagai Makcik Fatimah menjadi pendorong kepada anak yatim di bawah jagaannya, Anna Wong yang mengejar impian untuk menjadi seorang permain badminton negara dan bertanding di kejohanan Olimpik. Tahniah kru produksi dan aktres cantik, Maya Karin. Terima kasih kerana mengharumkan nama negara. - CARI |
dudaberhias replied at 22-7-2020 02:27 AM
Harap2 poster bila keluar nanti lagi lawa dan letop. Sebab tengok yang coming soon tu terus turn off ...
Themilo replied at 22-7-2020 10:56 AM
nyeh, kau ingat filemindie level-level film fest ni pikir ke pasal commercial value?
ADVERTISEMENT