CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri Lama Pergi Tandas

22-10-2013 11:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6902| Komen: 27


Mayat Seet Ying yang ditemui mati di dalam tandas tapak pesta ria.

ALOR SETAR - Tanda tanya mengenai seorang wanita yang tidak kelihatan di tempat kerjanya terjawab apabila mayatnya ditemui dalam tandas di tapak pesta ria (fun fair) di Shahab Perdana, dekat sini, malam kelmarin.

Majikan yang hanya ingin dikenali sebagai Soo berkata, wanita berkenaan, Lee Seet Ying, 55, dipercayai pergi ke tandas tapak pesta bagaimanapun kemudiannya didapati langsung tidak pulang ke tempat kerjanya.

“Kebiasaannya dia hanya pergi ke tandas dalam tempoh kira-kira lima minit sahaja, bagaimanapun kali ini dia pergi lebih lama daripada biasa sehingga menimbulkan tanda tanya dan kebimbangan kepada kami semua.

“Lalu, kami segera pergi mencari dia yang berasal dari Pahang termasuklah ke tandas untuk memeriksa keadaannya. Bagaimanapun, pintu tandas terbabit kelihatan terkunci seolah-olah ada orang yang sedang menggunakannya,” katanya kepada Sinar Harian.


Kenalan dan keluarga Seet Ying berkumpul di Bilik Mayat HSB.


Soo berkata, mereka berusaha memanggil Seet Ying namun tetap tidak mendapat sebarang maklum balas daripadanya walaupun selepas pintu tandas terbabit diketuk beberapa kali.

Katanya, dia yang berasa tidak sedap hati memaklumkan perkara terbabit kepada beberapa pihak termasuklah anggota Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) untuk mengambil tindakan selanjutnya.

"Pihak terbabit bertindak memecahkan pintu tandas yang berkunci daripada bahagian dalam tidak lama sejurus tiba di lokasi kejadian dan kemudiannya menemui Seet Ying yang dipercayai sudah meninggal dunia tidak lama sebelum ditemui.

"Seet Ying merupakan kakitangan pesta ria ini dan dipercayai meninggal dunia secara tiba-tiba sebelum ditemui anggota CRSM," katanya.

Sementara itu, keluarga Seet Ying termasuk empat anaknya yang datang daripada Pahang enggan ditemu bual ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dekat sini, pagi semalam.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, saksi menemui mangsa kira-kira jam 11.45 malam kelmarin, namun dia dipercayai sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, hasil bedah siasat masih belum diketahui manakala mayat mangsa akan dibawa pulang ke Betong untuk disemadikan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 21-10-2013 11:21 AM
tiada unsur2 jenayah?
Quote niceghost2005 21-10-2013 11:24 AM
Heart Attack or Darah Tinggi???

Kena nengok jantung dier.....ada lebam ke idak?
Or otak.
Pembuluh darah pecah kot??


Quote cikatilia 21-10-2013 11:31 AM
alahai kesiannya..


Quote gaara_X 21-10-2013 11:31 AM
mati tekejut.....tengok hantu....
Quote nurfariezza 21-10-2013 04:47 PM
kena sawan ke?
Quote annehuda 21-10-2013 04:50 PM
kene gigit vampire kot
Quote fahima80 21-10-2013 04:51 PM
Tgk gambar tu mcm ada darah jek kt bhgian kepala
Quote mak_wa95 21-10-2013 04:53 PM
ingatkan kes kena bunuh lagi....dalam kepala ni asyik fikir tu je...takziah..
Quote niceghost2005 21-10-2013 04:56 PM
fahima80 posted on 21-10-2013 04:51 PM
Tgk gambar tu mcm ada darah jek kt bhgian kepala

Kalau dier jatuh lam tandas..............surely kefaler terhantuk.

Lam tandas ada haper??
Mangkuk tandas pung di buat dari ceramik yg keras.
Dinding tandas dari concrete.
Lantai tandas dari concrete gak.

Mana mana jatuh pung.........surely kena benda keras
.
Quote -electrifying- 23-10-2013 08:29 AM
aiyo mati tekezut ke apa?
dh tkdir kan.
bila2 je mati leh dtg
Quote GhostWalking 23-10-2013 09:14 AM
Terjumpa hantu di tandas
Quote kintan 23-10-2013 09:40 AM
kena patuk dgn ular tedung
Quote AraBellaJuan87 23-10-2013 02:07 PM
Takziah~
Mati bila2 je kan?
Quote dfan 23-10-2013 02:13 PM
siannya... nasib baik rakan2 perihatin..klu x berhari la dok kt jamban mcm kes kt pam minyak hr tu..
Quote cmf_blingblings 23-10-2013 02:17 PM
dia jatuh dan terhentak kepala kot, lepas tu terus kena stroke, maybe...
Quote yayah8989 23-10-2013 02:41 PM
kesiannnnnn nye Innalillah
Quote CikNano 23-10-2013 04:04 PM
takziah untuk keluarga
Quote ell768 23-10-2013 04:12 PM
dah sampai masa...
Quote clarizsa 23-10-2013 04:15 PM
takziah...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.184919 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top