![]() SATU berita yang amat mengejutkan apabila ayah tiri kepada Kim Kadarshian iaitu Bruce Jenner dikatakan mengalami kecelaruan jantina. Lebih menyedihkan, Jenner sendiri mengakui perkara tersebut kepada umum bahawa dia lebih gembira memakai perhiasan seperti wanita. Menurut majalah Star, karakter Jenner dilihat semakin lemah lembut dan gemar mengenakan aksesori wanita seperti subang, rantai dan sebagainya. "Walaupun ia tidak disenangi keluarganya, namun Jenner menyatakan bahawa dia lebih selesa dengan kehidupannya sekarang," kata sumber terdekat. Difahamkan, penampilan baru itu terjadi apabila bekas isterinya, Kris Jenner bertindak untuk berpisah dengan bekas atlit itu.
|
ADVERTISEMENT