CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Korban Lembu Tapi Sepasang Ular Bergaduh Jadi Perhatian!

18-10-2013 05:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13807| Komen: 70

Gambar hiasan



KULIM, 17 Oktober: Keseronokan lebih 20 penduduk melakukan persiapan untuk kenduri korban bertukar gempar apabila terkejut melihat seekor anak ular sawa sedang membelit seekor ular tedung selar sepanjang empat meter dalam longkang di Taman Kenari, dekat sini, kira-kira 9.30 malam semalam.

Kejadian berlaku ketika mereka sedang bergotong-royong untuk menyediakan makanan bagi kenduri korban sempena Aidiladha.

Penduduk, Mohd Zaki Mohamad, 43, berkata, ketika sedang bergotong-royong, secara tiba-tiba mereka dikejutkan dengan teriakan seorang penduduk apabila ternampak dua ekor ular sedang bergelut di dalam longkang berhampiran dengan sebuah rumah.

"Kami segera mendekati longkang berkenaan dan mendapati seekor anak ular sawa sepanjang satu meter sedang membelit seekor ular tedung selar.

"Pada masa sama, kami juga bimbang kerana ular tedung selar itu amat besar lalu memaklumkan kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kulim untuk bantuan berikutan tidak mempunyai kepakaran mahupun peralatan," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
  
Sementara itu, Pegawai JPAM Daerah Kulim Mohd Fadhil Fahmi Zaini berkata, pihaknya menerima panggilan pada kira-kira 10.15 malam.

Katanya, empat anggota bergegas ke tempat kejadian dan menemui seekor anak ular sawa batik sedang bergelut dengan seekor ular tedung selar di dalam longkang.
  
Katanya, anggota memerlukan 10 minit sebelum berjaya menangkap kedua-dua ular terbabit menggunakan alat ciptaan khas menangkap haiwan liar.


Bagus
1

Marah

Terkejut
8

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saladin780 17-10-2013 06:54 AM
mana gambar
Quote MissNigga 17-10-2013 06:57 AM
2 musuh ketat tue... sure ular tedong tu nak makan anak ular sawa tue
Quote keraskhejong 17-10-2013 07:07 AM
kalau ade gambo gempak ni
Quote Simunggu 17-10-2013 07:08 AM
Ular tedung kacau bini Ular Sawa tu sbb gaduh tu...tikam tikam , tetak sana sini...hehehe
Quote kambeng_masam 17-10-2013 07:44 AM
wahh...hebat juga anak ular sawa tu melawan cobra.
Quote DeMax 17-10-2013 07:48 AM
MissNigga posted on 17-10-2013 06:57 AM
2 musuh ketat tue... sure ular tedong tu nak makan anak ular sawa tue

Teringat aku dgn peribahasa kalu jumpa Mamak ngan Ulaq Tedung bunuh mamak tu dulu....
Quote geng_tx 17-10-2013 07:49 AM
Fakta kelaut terus..

Tedung selar ni makanannya adalah semua jenis ular.

Besar kemungkinan.. tedung selar tu tgh nak makan ular sawa tersebut.
Quote gaara_X 17-10-2013 07:49 AM
jarang orang dapat tengok kan.....kira free show laa tue....

p/s : ada pengajaran yang tersirat disebalik kejadian tue......amik iktibar ek
Quote monreyes 17-10-2013 08:14 AM
sape yg menang
Quote tongkatwaran75 17-10-2013 09:51 AM
saladin780 posted on 17-10-2013 06:54 AM
mana gambar



saladin nie klu post...
mesti mintak gambar...
nah..amik ko...





Quote prettyuglybabe 17-10-2013 10:06 AM
maknanya taman tu semak sampai ular pun boleh beranak pinak. lepas makan lembu boleh gotong royong bersihkan taman ye..
Quote saladin780 17-10-2013 10:07 AM
tongkatwaran75 posted on 17-10-2013 09:51 AM
saladin nie klu post...
mesti mintak gambar...
nah..amik ko...

iyola..baru la thrill baca
btw ni gamba betul ke
Quote amyainsamad 17-10-2013 10:11 AM
ganasnya,,,,,,,,,
Quote ell768 17-10-2013 10:12 AM
gambar takder ke?seb baik laa ular tu xleh wat korban..kalau x dpt laaa lg 2 ekor wat tambah..kikiki
Quote rospinki 17-10-2013 10:18 AM
gambar mana??
Quote purpledesire 17-10-2013 10:25 AM
KULIM, 17 Oktober: Keseronokan lebih 20 penduduk melakukan persiapan untuk kenduri korban bertukar gempar apabila terkejut melihat seekor anak ular sawa sedang membelit seekor ular tedung selar sepanjang empat meter dalam longkang di Taman Kenari, dekat sini, kira-kira 9.30 malam semalam.


apa susah2 sgt..korbankan jer skali ular tu sume..abeh cite..
Quote kokocrunch 17-10-2013 10:25 AM
nasib baik xde yg terkorban
Quote p.timur3831 17-10-2013 10:25 AM
tongkatwaran75 posted on 17-10-2013 09:51 AM
saladin nie klu post...
mesti mintak gambar...
nah..amik ko...

makkkk....oh tidak...
Quote niceghost2005 17-10-2013 10:29 AM
purpledesire posted on 17-10-2013 10:25 AM
apa susah2 sgt..korbankan jer skali ular tu sume..abeh cite..

Alaaaa................tangkap dua dua ekor n sembelih.
lepas tu potong kecik kecik n campur lam sup ekor.

Surely tak ada saper yg perasan maaaa
Seghoper sup ekor jer....

Tapi daging dier putih.
Tulang dier tajam skit........

Kalau yg prihatin, deme perasan laaaa
Yg pakai belasah, siap laaa ular2 kat kampung tu nanti.
Abih di cari depa.

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.041550 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top