Khadijah Am, bekas balu kepada al marhum Ustaz Ashaari Muhammad, mengaku telah mengamalkan ajaran sesat selama ini dan kini ingin kembali ke pangkal jalan dan mengikut fatwa yang digariskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Khadijah Am pernah ditahan di Mekah beberapa bulan yang lalu bersama-sama pengikutnya dan hampir-hampir dijatuhkan hukuman pancung di atas kesalahan mereka yang berat iaitu menyebarkan ajaran sesat kepada jemaah haji serta masyarakat sana. Antara ajaran-ajaran sesat yang dibawa beliau: a. mengaku beliau sangat intim dengan Rasulullah SAW, selalu bercakap dengan baginda SAW dan menerima arahan-arahan baginda SAW dari masa ke semasa. b. mengaku dan mengisytiharkan dirinya sebagai 'wasilah' iaitu perantara antara manusia dengan Rasulullah SAW. c. menyakini bekas suaminya yang telah meninggal belum mati tapi hanya ghaib dan akan muncul semula sebagai pemimpin besar di dunia ini. Bahkan beliau mengaku selalu 'berjimak' secara roh dengan bekas suaminya. d. memisahkan suami dan isteri, anak dan ibu ayah, memberi kuasa kepada isteri untuk menceraikan suami atau lari dari suami jika suami enggan mengikut isteri bersama perjuangan Khadijah Am. e. menggunakan wang kutipan anak-anak yatim dari 81 buah rumah amal untuk kebajikan Khadijah Am sekeluarga serta pemimpin-pemimpin jemaah mereka. Sedangkan kebajikan ahli-ahli biasa serta anak-anak yatim terabai sama sekali. Tapi kini Khadijah dan pengikut-pengikutnya mengisytiharkan secara rasminya telah meninggalkan segala ajaran karut marut mereka dan ingin kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan sebagai orang mukmin sebenar. Diharap masyarakat dapat memberi kerja sama untuk membimbing mereka ke jalan yang benar dan bukan hanya lakonan semata-mata. Puan Khadijah Am - tokoh memerangi ajaran syiah? |
NIXAR posted on 17-10-2013 03:59 PM
betui ka Khaty yg bako? entah2 lakonan je ni.
kalau betul bagus lah....balik lah ke pangkal jala ...
niceghost2005 posted on 17-10-2013 04:06 PM
Buku ajaran sesat mana lagi yg nak di bakaq???
UMNOgok ada buku ke?
NIXAR posted on 17-10-2013 04:10 PM
buku seks islam dgn bidio terajang yahudi tu pun lepas abuya tiada rasanya ..... aku susah nak ...
NIXAR posted on 17-10-2013 03:59 PM
betui ka Khaty yg bako? entah2 lakonan je ni.
kalau betul bagus lah....balik lah ke pangkal jala ...
niceghost2005 posted on 17-10-2013 04:17 PM
IDEOLOGI...............Nixar
BUKAN senang nak di hapuskan.................
NIXAR posted on 17-10-2013 04:20 PM
betui tu bang antu.....ideologi tuh. kalu bakar buku tp dok caya abuya idup lagi menyorok kat mana ...
ADVERTISEMENT