Hubungan cinta pasangan romantik, Dini Azan Schatzmann dan pelakon jelita Janna Nick sudah pasti sentiasa menjadi bualan dikalangan peminat. Awal Ramadan lalu, Janna Nick didakwa sudah berkahwin dengan kekasihnya itu di Selatan Thailand pada Jun tahun lalu. Bagaimanapun, Janna yang juga pengacara Melodi menafikan dakwaan itu. Janna, 25, atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata, tiada sebab untuk dia berkahwin secara senyap kerana dia bukan bercinta dengan suami orang. Terkini, Dini berkongsi cerita kepada BH Online bahawa Janna sudah beberapa kali menemui ibunya dan sudah tentu dia mengharapkan hubungan serius hingga ke peringkat perkahwinan. "Sudah tentu dalam hubungan serius, kami merancang untuk ke peringkat perkahwinan. Bagaimanapun, apa yang boleh dikatakan, hubungan masih pada peringkat awal dan hanya mampu merancang.
"Sekiranya semuanya ditetapkan, pasti saya akan berkongsi berita gembira ini. Janna juga sudah beberapa kali menemui ibu saya," katanya kepada BH Online. Mengulas dakwaan kahwin lari, bekas graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Universiti of British Columbia, Kanada itu berkata, dia dan Janna tidak terkesan dakwaan kahwin lari di selatan Thailand apabila maklumat pernikahan termasuklah nama penuh dan nombor kad pengenalan didedahkan, malah lebih selesa mengambil langkah mendiamkan diri. "Jika ditanya mengenai reaksi saya, saya tidak ada sebarang reaksi. Kami belum berkahwin seperti yang didakwa. "Kekecohan ini berlaku pada malam pertama Ramadan. Saya terkejut dan tak menyangka ada orang yang ingin membuka buku amalan pada bulan mulia dengan melakukan fitnah," katanya. Jadi, tuan empunya badan pun sudah jelaskan bahawa dakwaan itu hanya fitnah. Harap jelas dengan penjelasan itu dan sama-sama kita doakan semoga hubungan mereka berdua hingga ke jinjang pelamin. CARI |
makita replied at 11-5-2020 06:54 AM
Apa maksud bekas graduan ha?
airmineral replied at 10-5-2020 11:16 PM
apesal aku rasa janna nick ni jenis poyo dan bingit dan merimaskan?
airmineral replied at 11-5-2020 07:16 AM
apesal aku rasa janna nick ni jenis poyo dan bingit dan merimaskan?
Awanku replied at 11-5-2020 08:56 AM
Aah, sb tuu apa2 drama dia malas nak tengok... bingit
ADVERTISEMENT