CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dap Tetap Mahu Guna Kalimah Allah

18-10-2013 05:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4122| Komen: 18

GEORGETOWN - DAP tetap bertegas dengan pendiriannya berhubung penggunaan kalimah ALLAH.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu tetap mempertahankan dan tidak akan berganjak daripada pendirian mereka sebelum ini.


“Walaupun Mahkamah Rayuan memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan akhbar mingguannya The Herald, kita (DAP) tetap dengan pendirian seperti sebelum ini. Pendirian DAP berhubung isu kalimah ALLAH adalah jelas.

“Saya rasa anda semua tahu apakah pendirian DAP berhubung isu ini, namun pendirian berkenaan tidak mewakili suara pakatan pembangkang,” katanya kepada media semalam.

Mahkamah Rayuan sebelum ini memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan akhbar mingguannya, The Herald.

Ini bermakna keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan Roman Katolik adalah dibatalkan.

Mahkamah Rayun juga berpendapat, tiada alasan mengapa Gereja Katolik berkeras menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya, jika dibenarkan akan menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat.

Bagaimanapun, Guan Eng berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan mesyuarat pada hari ini bagi membincangkan isu berkenaan.

“PR akan bermesyuarat esok (hari ini) untuk membincangkan pendirian ketiga-tiga parti berhubung isu ini. Mesyuarat itu menentukan pendirian PR dengan tidak mengetepikan pendirian mana-mana parti di dalamnya (PR).

“Mesyuarat ini juga diadakan bagi menghormati ketiga-tiga parti dalam mengeluarkan satu kenyataan bersama. Saya tidak boleh bercakap mewakili pakatan pembangkang kerana isu ini adalah sensitif, jadi kita akan tunggu mesyuarat PR dalam menentukan pendirian pakatan terhadap isu ini,” katanya.

Sebelum ini, Guan Eng  pernah mendesak kerajaan supaya membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu seperti yang diamalkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu ketika menyampaikan perutusannya sempena Hari Natal tahun lalu.

Pada awal tahun ini, PR mengambil pendirian menyatakan Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran yang seterusnya turut dipersetujui Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

18

Bagus
13

Marah
12

Terkejut
10

Sedih
18

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ringcat 17-10-2013 04:47 PM
kekadang aku amat respek dengan ketegasan DAP ni

PAS yang terpaksa menjilat sana-sini sebab nak undi Cina,
macamana agaknya nak defend DAP kali ni?
Quote unekspekted_XII 17-10-2013 04:50 PM
Puak yang sokong reti bace surah ape x ni ???
Quote revolusi_30 17-10-2013 04:53 PM
Kalau gereja protestent bole pakai tak. ?  
Quote pyropura 17-10-2013 04:58 PM


LGE ni ikut ajaran AGAMA ISLAM, hanya AGAMA MULAYU saja kata nama Awloh untuk  Moslems saja...
Quote pyropura 17-10-2013 04:59 PM
unekspekted_XII posted on 17-10-2013 04:50 PM
Puak yang sokong reti bace surah ape x ni ???


lebey kurang begini lar kan...




Quote unekspekted_XII 17-10-2013 05:02 PM
pyropura posted on 17-10-2013 04:59 PM
lebey kurang begini lar kan...

So??? tampal gambar pun boleh jadik murtad ke?? x tampal gambar name Allah pun boleh jadik murtad ke??
Quote wulan_99901 17-10-2013 05:05 PM
Bila kes seperti ini berlaku, kita tahu bahawa orang2 Melayu Islam mempunyai kedudukan yg istimewa dalam perlembagaan negara.

Oleh kerana Unsur2 penyebaran agama lain dilarang....mana2 anasir yang cuba melakukannya serta membuat puak Melayu Islam keliru akan dikenakan tindakan.

Jadi individu selain Melayu Islam yg ingin terus tinggal di sini hendaklah sentiasa bertabah....


Quote Bateesta 17-10-2013 05:07 PM
nak guna , guna jelah...
Quote eco_internet 17-10-2013 05:10 PM
kalau DAP nak guna kalimah Allah dlm logo parti dia pun takpe...
Quote BotakChinPeng 17-10-2013 05:32 PM
DAP tetap mahu guna kalimah ALLAH
Guna kalimah Allah pebende ?
dap hanya menyatakan pendirian mereka saja

Quote AboNawas 17-10-2013 05:56 PM
Baguih la macam tu . Back to religion .


Tak kira apa2 agama anda . Cuma jangan mabuk dan peluk amoi  dah . Sambil, bertegas nak guna kalimah Allah




p/s - Allah tetap SATU ...
Quote kelana36 17-10-2013 05:57 PM
Kalimah 'Allah' bebas diguna di Sabah, S'wak, kata k'jaan
        4:42PM Okt 17 2013         
Kalimah 'Allah' boleh digunakan oleh penganut Kristian rakyat Sabah dan Sarawak dalam ibadah mereka, termasuk Bible dalam bahasa Melayu, kata kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dilaporkan dalam Sin Chew Daily sebagai berkata bahawa ini telah diputuskan oleh kabinet dalam mesyuaratnya semalam.

Beliau berkata Kabinet memutuskan untuk kembali kepada
penyelesaian 10-perkara, yang membenarkan import dan cetakan Bible dalam sebarang bahasa di Malaysia, termasuk Alkitab yang menggunakan kalimah 'Allah'.

Menurutnya, Kabinet telah membincangkan keputusan Mahkamah Rayuan kerana isu tersebut telah menimbulkan banyak rasa tidak puas hati dan rasa bimbang di kalangan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Mereka, tambahnya, bimbang jika Bible bahasa Melayu yang menggunakan kalimah 'Allah' akan diharamkan.

Oleh itu, Sin Chew Daily melaporkan Kurup berkata, Kabinet merasakan terdapat keperluan untuk membuat perjelasan mengenainya.




Aku rasa benda ni akan maintain status quo jer...
Quote AboNawas 17-10-2013 06:12 PM
Minta2 lah Kristian yang Allah ada sampai 3 kat sana tak pening dengan Allah umat Islam yang hanya SATU ...
Quote wulan_99901 18-10-2013 10:21 AM
Ada monk buddha beritahu aku, kristian pernah tipu penganut2 buddha dgn mengatakan dewi Guanyin yang imejnya terkenal sedang mendodoikan anak sebenarnya ialah Virgin Mary dan Yesus Christ...

Kerana terpengaruh dgn dakyah ini, ramai penganut Buddha yg convert ke kristian kerana mereka fikirkan sama

Tak tau betul ke tak apa yg monk tu beritahu....tapi kalau betul....nampaknya taktik yg sama nak digunakan pd puak melayu islam kat sini...
Quote NurulAJ 19-10-2013 01:29 PM
Budak2 skrang dosa pahala pun susah nk kenal. Takut nanti, lama2,budak2 yg bru bangun, yg kurang didikan musykil dan keliru pengunaan nama ALLAH ni. Klau dah semua agama nk guna pakai. seolah2 x ada perbezaan lansung.

Nauzubillah...Kami memohon perlindunganmu


Quote Anak_Nogori 19-10-2013 01:41 PM
Berani ke DAP nak guna?...
Quote Acong 20-10-2013 03:46 AM
Anak_Nogori posted on 19-10-2013 01:41 PM
Berani ke DAP nak guna?...

DAP = Dasar Anak Pondan
Quote ayu_kasyah 20-10-2013 01:48 PM
wulan_99901 posted on 18-10-2013 10:21 AM
Ada monk buddha beritahu aku, kristian pernah tipu penganut2 buddha dgn mengatakan dewi Guanyin yang ...

Uiks?? Kes mcm ni pn ada..

Fakta baru penah dgr ni..menarik.. skrg kita tahu la..siapa pemanipulasi situasi yg sebenar

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.081413 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top