CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahb Umumkan Dividen 3.25 Sen Seunit, Serta Bonus

18-10-2013 05:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10590| Komen: 76



KUALA LUMPUR 17 Okt. - Dividen kedua untuk Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2013, diumumkan sebanyak 3.25 sen seunit beserta bonus 1.00 sen seunit.


Dengan pengumuman itu, jumlah keseluruhan dividen AHB untuk tempoh setahun berjumlah 7.50 sen seunit. Pemberian dividen pertama berakhir 31 Mac lalu ialah sebanyak 3.25 sen.

Pembayaran dividen kedua bersama bonus itu akan diagihkan kepada pemegang unit menerusi akuan masing-masing pada 18 Oktober 2013.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan Hartanah Bhd. (PHB) , Datuk Kamalul Arifin Othman berkata, disebabkan AHB menerima sambutan yang hangat, pihaknya telah menambah 500 juta unit baharu yang boleh dilanggan mulai hari ini.
Itu menjadikan jumlah unit di bawah AHB terkumpul sebanyak dua bilion unit.

"Penambahan ini diharap dapat memberi alternatif kepada kaum bumiputera melabur dalam sektor hartanah secara tidak langsung pada kos yang murah.


"Pemberian bonus yang diumumkan ini juga adalah bagi menghargai pemegang unit yang setia kepada AHB. Kami mahu menjadikan AHB satu bentuk pelaburan jangka panjang dan bukannya akaun bank biasa," katanya pada majlis pengumuman dividen itu di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Asset Management Sdn. Bhd., Nor Azamin Salleh.

Setakat ini, beberapa aset hartanah yang dimiliki mereka terletak di kawasan utama di Lembah Klang seperti Menara Prisma, Jaya 33 dan Menara SapuraKencana yang ketika ini disewa pada kadar 90 peratus daripada kapasiti sebenar.

"Kami akan terus mencari hartanah yang baharu yang menjanjikan pulangan yang tinggi bagi mengekalkan pemberian dividen yang tinggi," katanya lagi.
PHB dan Maybank AM menjangka tambahan unit sebanyak 500 juta unit bakal mendapat sambutan hangat berdasarkan langganan penuh terhadap 1.5 bilion unit yang sedia ada.

"Dijangkakan unit tambahan ini akan dilanggan penuh dalam tempoh tiga hingga lima bulan akan datang," kata Nor Azamin.


Unit tambahan itu boleh dilanggan melalui mana-mana cawangan Maybank di seluruh negara.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote undark 18-10-2013 11:41 AM
tu kira berapa %? 7.25 ke?
Quote ahmadhati 18-10-2013 11:45 AM
undark posted on 18-10-2013 11:41 AM
tu kira berapa %? 7.25 ke?

Dia just kira 3.25% utk dviden biasa dan 1% utk bonus. Sebab yg ni utk 6 bulan shj. AHB dia bagi profit 2 tahun sekali (March dan September). Let say Si A ada RM1000 dalam AHB dan simpan utk temph 6 bulan dia akan dapat RM45.50. (RM32.50 dan RM10). Amat berbaloi sbb investment ni patuh Shariah dan di potong Zakat.
Quote couchcorp 18-10-2013 11:49 AM
ahmadhati posted on 18-10-2013 11:45 AM
Dia just kira 3.25% utk dviden biasa dan 1% utk bonus. Sebab yg ni utk 6 bulan shj. AHB dia bagi p ...

encik, betul ke ahb ni dividen dia dah di potong zakat?
boleh tolong confirmkan tak?
saya cuba cari dalam website dia , tak de mention plak pasal ni...
Quote Acong 18-10-2013 11:50 AM
sikitnya......

Quote hanakikan 18-10-2013 11:54 AM
Berapa je dapat. Still x bole jd kaya
Quote ahmadhati 18-10-2013 12:06 PM
couchcorp posted on 18-10-2013 11:49 AM
encik, betul ke ahb ni dividen dia dah di potong zakat?
boleh tolong confirmkan tak?
saya cuba c ...

http://www.maybank-am.com/phb-increases-ahb-fund-size-to-1.5-billion-units
AHB income distribution, if any, is payable on a six-monthly basis. The payouts are tax-exempted and are net-zakat


Quote vv2005 18-10-2013 12:07 PM
hanakikan posted on 18-10-2013 11:54 AM
Berapa je dapat. Still x bole jd kaya

alololo...
Quote ahmadhati 18-10-2013 12:07 PM
Acong posted on 18-10-2013 11:50 AM
sikitnya......

Actually u can earn 6.5% per year.  3.25% tu untuk setengah tahun je. Plus its Shariah Complience product
Quote ahmadhati 18-10-2013 12:09 PM
hanakikan posted on 18-10-2013 11:54 AM
Berapa je dapat. Still x bole jd kaya

Kalau invest byk dapat lah byk. Scenario
Invest RM10,000 so setiap 6 bulan dapat RM325 *jika dividen 3.25%*
Boleh re-invest dalam AHB balik. Atau invest dkt mana-mana Shariah Compliance Product : Tabung Haji
Actually u can earn 6.5% per year.  3.25% tu untuk setengah tahun je. Plus its Shariah Complience product
Quote ahmadhati 18-10-2013 12:12 PM
vv2005 posted on 18-10-2013 12:07 PM
alololo...

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Saya observe malay muslim mostly like to invest in Skim Cepat Kaya or Gold MLM that guarantee them interest monthly. Tapi semuanya tu semua fraud investment and no liscence from BNM. I'm not Maybank and AHB agent, tp saya cuma berkongsi mcm mana bangsa kita nak optimize their money in the right way and follow the Shariah.

Quote ahmadhati 18-10-2013 12:12 PM
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Saya observe malay muslim mostly like to invest in Skim Cepat Kaya or Gold MLM that guarantee them interest monthly. Tapi semuanya tu semua fraud investment and no liscence from BNM. I'm not Maybank and AHB agent, tp saya cuma berkongsi mcm mana bangsa kita nak optimize their money in the right way and follow the Shariah.

Quote BurungBiru 18-10-2013 12:24 PM
akak ada jugak AHB ni tapi tak banyak.. AHB ni mmg takde buku macam buku ASB tu ker?? dapat resit jer masa memula akak melabur dulu..kt maybank
Quote ahmadhati 18-10-2013 12:26 PM
BurungBiru posted on 18-10-2013 12:24 PM
akak ada jugak AHB ni tapi tak banyak.. AHB ni mmg takde buku macam buku ASB tu ker?? dapat resit je ...

Dia just bg salinan investment kita. Dan dia ada bagi statement semi annually.
Quote gasing 18-10-2013 12:31 PM
beli on9 ke atau kene g kaunter
Quote ahmadhati 18-10-2013 12:33 PM
gasing posted on 18-10-2013 12:31 PM
beli on9 ke atau kene g kaunter

Semua kena beli dkt counter Maybank. Skrg ni diorang offer 500 million. Grab it now.
Quote mjla 18-10-2013 12:49 PM
Rakyat msia suker menyimpan duet.

Tu pasal hrg brg naik pun kjn tak kesah.
Quote prettyuglybabe 18-10-2013 12:50 PM
borang dah amik tahun lepas. tapi tak terisi
Quote baby_pingu 18-10-2013 12:54 PM
oh..bleh tambah unit
Quote ahmadhati 18-10-2013 12:55 PM
mjla posted on 18-10-2013 12:49 PM
Rakyat msia suker menyimpan duet.

Tu pasal hrg brg naik pun kjn tak kesah.

Tak nampak kaitan dgn simpan duit dan harga barang naik? Simpan duit ni semua habit.

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.227728 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top