"Saya lega kerana akhirnya dapat pulang dan terima kasih kepada UniSZA dan kerajaan Malaysia yang banyak membantu." Itulah yang dikatakan oleh Hasnah Taureng, 33 yang merupakan penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) berasal dari Makasar, Indonesia.
Memetik laporan Harian Metro, wanita ini mengambil pengajian Ijazah Doktor Falsafah (phD) Sains Kesihatan dijadualkan pulang ke Jakarta melalui KLIA pada Khamis ini. Katanya, sebelum ini sudah 3 kali penerbangan pulang ke Indonesia dibatalkan kerana tempoh PKP yang menyebabkan dia terkandas di kampus itu sejak 20 Mac. "Memang sedih sebab saya tidak pernah berjauhan dengan keluarga melebihi sebulan. Saya rindukan dua anak dan suami.
"Biasanya saya ke UniSZA untuk tempoh seminggu sahaja bagi menyelesaikan tesis PhD saya. "Alhamdulillah, dengan kebenaran yang diberikan ini saya dapat kembali ke pangkuan keluarga," ujarnya. - CARI
|
ADVERTISEMENT