CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Jahil, Tak Pandai" - Ebit Lew Minta Maaf

22-4-2020 06:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 22066| Komen: 186

“Saya jahil, tak pandai. Saya bukan ustaz. Saya bukan sesiapa cuma Cina belajar Islam."

Itulah yang dikatakan oleh pendakwah terkenal Ebit Lew.


Ebit meluahkan perasaannya yang nampak sedih kerana niatnya membantu golongan berkemampuan disalaherti oleh sesetengah pihak.

Kredit foto: Facebook

Menerusi Facebook, Ebit juga meminta maaf jika apa yang dilakukannya itu mengguris hati pihak lain.

“Saya tak berniat nak sakitkan hati sesiapa pun. Saya mohon maaf pada semua ya.

“Doakan terlalu ramai lagi orang memerlukan bantuan dan sokongan.


Loading FB Post...

“Bagaimana kita boleh lena sedangkan ada orang tidak dapat tidur lena kerana nasib mereka dengan kita tak sama," ujarnya.

Beliau juga mengenang nasihat arwah ibunya dan mengakui berasa rindu dengan keluarga yang berada di Kuala Lumpur.

“Penat sangat rasa. Tapi bahagia sangat. Syukur pada Allah. Teringat mak dulu senyum bagi nasihat. Tak apa orang buat kita. Jangan kita buat orang.

“Selalu maafkan orang lain dan doakan semua orang bahagia dan masuk syurga. Kita hidup untuk Allah sayang," katanya lagi.

Terdahulu, ada sesetengah pihak seakan berasa tidak berpuas hati melihat tindakan Ebit yang sering memaparkan aktivitinya membantu golongan susah di media sosial.

Malah, ada individu bergelar ustaz yang mempertikai sikap individu yang menularkan gambar dan video orang miskin.

Meskipun tidak menyebut nama, namun ramai mengaitkan ia dengan Ebit. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • rikuren

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 22-4-2020 06:36 PM
Ikut lah salur yang betul untuk bantu terutama time pkp ni.. hang menonong jalan sana sini, orang lain duk rumah.. mana xhangin..
Org lain pun derma jugak, melalui channel yang betul..
Quote EvieWanKenobi 22-4-2020 06:40 PM
camne dia boleh ke sana ke sini
dalam tempoh pkp?
Quote munchkin 22-4-2020 06:44 PM
I think you hmmm tak perlu lah berposing sampai cam tu. Nampak tak natural ya.  
Quote EvieWanKenobi 22-4-2020 06:46 PM
baru terperasan dia duduk atas makanan..
Quote munchkin 22-4-2020 06:46 PM
Duduk pula atas tin biskut makanan. Ive never done that my whole life. Apatah lagi letak barang groceries di tempat kaki di kereta.

Rezeki Allah beri. Sila hormati rezeki tu.
Quote Ed_Lyn 22-4-2020 06:51 PM
Edited by Ed_Lyn at 22-4-2020 06:55 PM

Saja la nak tahu..  EL ni kelulusan ape ye..  Ada tersebar biodata dia dlm facebook, tapi x bg tahu pun kelulusan apa..
Quote north_star 22-4-2020 07:15 PM
Rengsa betul tgk org duduk / langkah atas mknn ni.
Xde apa against him tp m'sian ni mcm terover memuja someone tu sampai xleh nk tegur
Quote sarah82 22-4-2020 07:17 PM
Makanan adalah rezeki...ermm.  X tau la nak kata apa...
Quote imransulaiman 22-4-2020 07:25 PM
Eh! Itu dia ke yang duduk kepenatan dalam gambar tu? Nampak kurus pulak!

Aku minta maaf sangat-sangat...tapi aku tak dapat husnuzon 100% kepada penderma yang menghebahkan walau apa jua niat sekali pun
Quote sofyayra 22-4-2020 07:25 PM
Semoga yg baik2 sahaja ya Ustaz.  Kalu boleh kurang2lah bercerita kat socmed.  Hujung2 orang salahkan niat ustaz tu. Akak lagi favor approach Syed Azmi walaupun kdg ada gak beliau merempan.  
Quote crazybeach 22-4-2020 07:40 PM
menjemur bontot di atas tin biskut jacob?
Quote Lulong 22-4-2020 07:46 PM

silap dia yg paling besar yg jadi isu skrg dia x maklum kpd menteri besar kedah..malu la kerajaan kedah bila org luar yg mai hulur bantu.
Quote hady_vit 22-4-2020 07:47 PM
bersedekah dan membantu tu satu hal, tapi siap dgn post kt FB IG panjang lebar dengan pic dgn warga miskin mmg tu yg aku rengsa sgt, kesian aku tgk org miskin. terima bantuan tp dlm hati mmg ade sedikit perasaan malu kalau di postkan pic mereka..

mmg ebit ni bagi bantuan mmg siap bawak photographer professional ke? dengan pic waktu malam pun nampak professional..
Quote sonatalady 22-4-2020 08:17 PM
Mungkin ustaz x perasan cara ustaz pn ada silap.anggapalah teguran membina.
Tp x yah lah buat ayat2 syahdu ustaz.

Alhamdulilah..ustaz byk membantu..hanya mampu berdoa semoga dipermudahkan urusan.

Tp mcm mana ustaz bole ke utara yer.pkp ni ustaz.antar wakil negeri x de ke.
Quote dewimalam78 22-4-2020 08:28 PM
Maybe ustaz ebit perlu ambil 1 waktu utk beristirehat dan assign kerja pd sukarelawan dia.
Quote damsel_fiji 22-4-2020 08:35 PM
rilek2 suda sis..
Quote sh00 22-4-2020 08:48 PM
Iols tak tahu lah org lain..tapi bagi iols, iols tak penah ada rasa marah bila Ust Ebit Lew ke sana sini masa PKP ni membantu, tak penah rasa dia menunjuk or riak, tak penah rengsa pun dgn apa dia buat
Sbb iols rasa iols tak membantu apa pun masa PKP ni, melainkan duduk rumah diam2 ikut arahan Kerajaan. So biarlah dia berbuat baik. Semoga terus kuat Ustaz.
Quote barfi 22-4-2020 08:49 PM
sofyayra replied at 22-4-2020 07:25 PM
Semoga yg baik2 sahaja ya Ustaz.  Kalu boleh kurang2lah bercerita kat socmed.  Hujung2 orang salahka ...

Syed azmi pun ada selfie tengah buat2 tdo kan nak tunjuk terlampau letih.

No need pun selfie pura2 tdo. Org boleh tau je you penat sgt
Quote CiliPadiSedap 22-4-2020 08:57 PM
jadi alif shukri jadi ebit liew jadi vokuru jadi apa saja tetap kena kecam. normal life.

Lihat semua komen(186)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.080825 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top