CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sanggup Tipu Tempat Tinggal Sebab Nak Dapat Zakat Selangor & KL

17-4-2020 12:30 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6664| Komen: 35



"Ada yang terkantoi sendiri, bagi akaun bank, tup tup dalam akaun bank ada cash rm38k."

Tidak dinafikan memang ramai orang susah atau miskin wujud di Malaysia, lebih-lebih lagi ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Maklumlah ramai yang sudah hilang kerja sehingga terpaksa meminta bantuan.

Bagaimanapun, percaya atau tidak ada segelintir manusia yang sebenarnya tidak layak memohon bantuan tetapi sanggup menipu semata-mata mahu hidup ditaja.


Perkongsian pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Adam Mukhriz menjelaskan mengapa permohonan lambat diproses. Ini kerana mereka perlu mengkaji setiap permohonan dengan lebih terperinci bagi mengelakkan penipuan.


Kredit foto: FB
Menurut Adam lagi, masalah ini sudah dihadapi bertahun-tahun lamanya dan ia melibatkan individu yang tidak bertanggungjawab. Malahan ada yang sanggup menipu tempat tinggal semata-mata untuk mendapatkan bantuan di negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

"Eh saya dok Pandan Perdana KL."
"Saya dok Kg Pandan Dalam KL."
"Saya dok Pandan Indah KL"

FB
"Nak senang, cek bil air umah hangpa, ada kat penjuru belah kanan atas. Kat situ ada kod negeri dan akan tulis tempat kita tinggal tu Kuala Lumpur atau Selangor"

Oleh sebab itu, apabila dilontarkan dengan pertanyaan bertalu-talu mengenai kelambatan proses pengagihan zakat, mereka akan menjawabnya dengan hemah. Namun, apabila disertakan dengan makian, mengamuk, berdebat dan menghentam, Adam dan pegawai lain juga turut lelah menanganinya.

"Ada yang menipu,  tak dapat bantuan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS), dia mintak pulak kat KL, bila kita check, rupanya dah masuk dah bantuan dia RM500 dari LZS."

FB
Rata-rata warganet merasa terkejut dengan pendedahan tersebut dan tidak menyangka ada individu tergamak mengambil harta yang bukan haknya.


Maiwp
Dalam kegawatan begini pun, masih ada insan yang mementingkan diri sendiri, sanggup menipu kerana mahu mendapatkan 'hak'. Sedangkan ianya sebenar telah merampas 'hak' orang yang betul-betul dalam kesusahan. Semoga kita saling mengingati antara satu sama lain agar tidak lagi berlaku kejadian ini. - CARI

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 17-4-2020 12:48 PM
Ohemgeeeee...38k tapi masih nak mintak zakat??semoga dpt balasan setimpal n jadi miskin papa kedana gara2 sifat tamak dia nih!
Quote Lolalala 17-4-2020 12:50 PM
Semua bantuan nak apply x fikir orang lain.
Quote djzara81 17-4-2020 01:27 PM
Kadang2 kita dengar keluhan org kata pusat zakat ni lembab, byk songeh, byk birokrasi. Masalah mcm menipu background ni yg buat badan zakat terpaksa be selective. Yg kuat menipu & berlagak miskin tu x tau malu ke minta zakat?!
Quote Xim 17-4-2020 01:57 PM
38k??fuhh....aku ade brp ratus je dlm bank ni ha...nk tggu asb mmbiak pn 3thn lg....tu pn xde la smpai 38k pun....30k pn jauh sekali
Quote belilies 17-4-2020 02:10 PM
Siap bergaji lagi chuolsss 2k musim covid ni. {:thief
Quote Akumagoukioni 17-4-2020 02:39 PM
38K damn. Akaun simpanan aku ade 12K je berkat menyimpan RM100 setiap bulan selama 10 thn.
Quote jazaa100 17-4-2020 03:33 PM
salmon-suki replied at 17-4-2020 12:48 PM
Ohemgeeeee...38k tapi masih nak mintak zakat??semoga dpt balasan setimpal n jadi miskin papa kedana  ...

Sbb tu dia blh simpan duit sampai rm38k....
Klu blh semua nk free
Quote sarah82 17-4-2020 03:34 PM
Akumagoukioni replied at 17-4-2020 02:39 PM
38K damn. Akaun simpanan aku ade 12K je berkat menyimpan RM100 setiap bulan selama 10 thn.

Banyak duit ang.. Dan aku dok perati ang punya komen pun bukan biasa2…..dulu ang kerja apa? Dan skrg ang dok mana?
Quote Artemesiaa 17-4-2020 03:38 PM
Ramai je macam ni sejak dulu lagi hidup nak senang sentiasa harapkan bantuan orang
Quote salmon-suki 17-4-2020 03:54 PM
jazaa100 replied at 17-4-2020 03:33 PM
Sbb tu dia blh simpan duit sampai rm38k....
Klu blh semua nk free

Ni laa spesis retis tersangkak negara..duit berkepok tp tetap nak duit lagi hingga sanggup menipu..dah dpt drpd pusat zakat lain,mtk kt pusat lain plak..

Agaknya dia lupa kot kalau dah mati nanti semua tu xleh bawak masuk kubur kot..asal laaa covid ni liat sgt nak jangkit kt manusia2 bebal gini..hmmmmmm
Quote Supersirap 17-4-2020 04:10 PM
Semoga insaf dengan sifat tamak serta pentingkan diri sendiri
Quote annehuda 17-4-2020 04:14 PM
aku bkn frontliner tp aku terlibat gak dlm beri bantuan ni.  byk gak aku terima aduan

1. mintak ketua kg listkan nama org susah, yg die list tu suma anak beranak die, sedara-mara die, adik beradik dia
2. sblm musim pkp kan cuti sekolah, ade yg balik kg. anak2 yg IC masih kt kg pun mohon gak. kekdg satu rumah, 13 org, 4 keluarga, empat org ketua keluarga mintak utk 1 rumah yg sama
3. alamat sama, nama pemohon lain. sblm ni dh dpt dah, bila tny die ckp,eh tu lain tu utk anak makcik yg oku, yg makcik mintak ni utk makcik. eh ni dapur lain2 ke camne ni?
4.  sbb dh byk NGO, masjid, jbtn kerajaan yg lain yg kasi, kekdg 1 rumah tu byk kali dr agensi berlainan. ha yg ni kalau boleh tolongla tolak. jgn nk simpan wat stok. pastu bangga citer kt jiran2 eh aku dpt smpi 5 bungkus bantuan tau
5.  paling aku rs kecewa la, rumah no 2 aku ckp td tu, lepas kantoi kan so aku ckpla ikut prosedur lepas ni mmg takleh dpt lg sbb nk kasi peluang pd yg belum penah dpt. bini tuan rumah tu citer kt aku, bleh tak tlg carikkan keje sambilan utk anak2 die yg balik kg ni? so aku pun gigihla tolong carikkan, dpt la keje sambilan bertugas utk agih bantuan, sehari gaji RM48, ok la tu. anak-anak die TAKNAK hokkay. aku tak sure la ape kes, anak2 balik tu tak hulur kt makbapak ke duit gaji masing2 harapkan bantuan je?
6. yg kes anak2 duduk dekat, tp mintak utk makbapak warga emas. dtg amek kt pjbt, tp dengo citer tak smpi pun kt makbapak. anak2 yg sebat pulak. yg ni mmg mcm hareeeyy
7. yg plg aku give up ngan manusia ni, bila mintak  bantuan sbb orang lain dpt apsal die tak dpt? selalu set2 mcm ni la yg suka melalak kt sosial media. kalau jenis mcm ni sila siasat dulu latar belakang diorg uols. samada pemalas atau sbnrnye mmg tak layak
Quote mycute 17-4-2020 04:20 PM
mmg tak heran..byk kes menipu bertahun2..pastu ramai kecam pusat zakat lembab.. tau tak ramai je yg menipu..tu pusat zakat ada prosedur sendiri nk bg bantuan..
paling byk yg menipu minta bantuan dr dua2, LZS dgn KL..
Quote Akumagoukioni 17-4-2020 04:21 PM
sarah82 replied at 17-4-2020 03:34 PM
Banyak duit ang.. Dan aku dok perati ang punya komen pun bukan biasa2…..dulu ang kerja apa? Dan s ...

Tak banyak mna pun. Duit tu buat persediaan utk bantu kluarga dan bayar pinjaman. X blh guna sesuka hati. Sbnrnya dah tinggal lg RM5000. Bayar tu bayar ini. Tp betul aku kmpl duit tu dr thn 2009-2018.

Sblm aku berhijrah ke selangor aku keje dkt lumut port selama 7 thn.


Quote mycute 17-4-2020 04:22 PM
annehuda replied at 17-4-2020 04:14 PM
aku bkn frontliner tp aku terlibat gak dlm beri bantuan ni.  byk gak aku terima aduan

1. mintak k ...

setuju sume point kt atas..
ada yg minta bantuan lebih..
member ada terbagi bantuan kt umah yg ada 3 aircond, kete byk..
tu pentingnya kita melawat umah org yg minta bantuan..
Quote annehuda 17-4-2020 04:23 PM
tp aku tak menafikan, time PKP ni mmg menyerlahkan sisi baik atau buruk seseorg tu.  mcm tempat aku ni, ada group anak-anak muda  buat sumbangan kumpul2 pastu beli barang bantuan agihkan pd org2 yg mmg takleh kuar bekerja.
ade jugak rumah2 yg kene kuarantin, yg ni dr kluster tabligh sri petaling tu, sepatutnye kerajaan kene support makan minum diorg mcm yg buat kt kluster kayangan tu, tp diorg tolak, diorg mintak carikkan runner yg boleh belikan barang basah utk diorg, nnt diorg bayar pakai on9 je kt runner tu.  tak harap pun bantuan kerajaan.
so which one are we time PKP ni?  
Quote annehuda 17-4-2020 04:29 PM
mycute replied at 17-4-2020 04:22 PM
setuju sume point kt atas..
ada yg minta bantuan lebih..
member ada terbagi bantuan kt umah yg a ...

ye uols. tp aku kecewa gak set2 mentaliti, yg kalau boleh 1 rumah nk dpt bantuan.  mcm ko takleh fikir ke maybe ada org lain yg lebih memerlukan ke?
Quote irish_ieka 18-4-2020 01:31 AM
tapi elok la dia tapis gini. takla macam yebby.. main hentam je bagi kat sape2 yg dm die. bile bukak ig sorg2 yg die bg derma drpd duit org ramai tu ada yg rambut merah. ada yg gelang emas besaq rantai basikal sekali anak kecik dia pon pakai . ada yang gambar ootd bertukar2. aku pon takdak gelang besaq lagutu cheq. tagline yebby nak beramal kt rumah pon boleh.
Quote honeybee1802 18-4-2020 01:38 AM
annehuda replied at 17-4-2020 04:14 PM
aku bkn frontliner tp aku terlibat gak dlm beri bantuan ni.  byk gak aku terima aduan

1. mintak k ...

Tu ler..manusia tamak haloba...tu belum kot org bg bantuan beras apa..dia sauk jek sampai berkampit..pehtu dia juai..jd dulu time babjir 2014.harap misi bantuan yg lebih bersistematik spy yg ptt dapat hak yg dpt bantuan.kadang they all ni segan nak meminta.mcm jiran aku..udah utusan ttp..ni paksa2 amik risiko bwk grab

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.038531 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top