CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masyarakat JB Keras Kepala, Doktor Luah Rasa Bengang

16-4-2020 06:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10492| Komen: 125

Tidak tahan dengan sikap masyarakat di Johor Bahru yang dikatakan tidak patuh dengan arahan PKP, seorang doktor tampil meluahkan rasa kekecewaannya menerusi sebuah video.

Memetik laporan Harian Metro, video tersebut dimuat naik di laman Facebook Hairin Anisa Tajuddin pada 14 April.

Kredit foto: Astro Awani


“Doktor marah sebab dapat banyak aduan daripada pesakit hingga doktor jadi takut sebab Johor Bahru dah masuk zon merah, maknanya kita dalam keadaan berisiko tinggi untuk dapat pembawa tidak dikenal pasti lagi.

“Saya kecewa pesakit bawa anaknya pergi pasar raya di area Taman Bukit Mutiara, dia kata di situ macam tiada PKP, macam tiada orang jaga, kedai semua buka suka hati takada buat penjarakan sosial, orang selambanya berkumpul di situ.


Selebriti Pak Nil turut memuat naik semula video doktor ini.

“Banyak juga kes di Taman Daya, pasar di Larkin, tiada polis jaga, itu yang doktor jadi bengang sangat sebab masyarakat di Johor Bahru memang sengaja cari nahas," katanya yang tampil dengan sut PPE.

Malah, katanya lagi dia sudah melaporkan hal tersebut pada pihak berwajin namun jawapan yang diberikan begitu mengecewakan.

“Yang doktor geram telefon Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk buat laporan, dia kata tak, kena Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dia kata telefon Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) masing-masing. Mereka lebih berkuasa. Ok fine. Saya telefon IPD. IPD kata oh kita dah halau mereka tadi. Kalau mereka nak buat, kita nak buat macam mana. 

"Amboi, kita dah zon merah kot. Dia kata kalau kita dah betul-betul lockdown baru kita akan kawal. Habis selama ni mereka tak meronda ke? mereka duduk di pejabat sahaja?" katanya yang begitu marah.

Dalam pada itu, luahan doktor ini mendapat reaksi pelbagai dari kalangan netizen. Ramai yang bersetuju, tidak kurang juga yang mengkritik cara doktor ini.

Apa pula pendapat anda? - CARI 
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 16-4-2020 12:09 PM
Iols zon merah ni pun pelik kenapa ramai org kluar waktu siang.
Quote Grose 16-4-2020 12:16 PM
Tinot7 replied at 16-4-2020 12:09 PM
Iols zon merah ni pun pelik kenapa ramai org kluar waktu siang.

are you aware dear that those who are colour blind have difficulty distinguishing red from green ?

so berkhusnuzon ok?

heeeee





Quote misuke 16-4-2020 12:36 PM
menteri cakap berdegar2.. salah terus kena reman bagai... tp tgk la hakikat bawahan ni... kalo smpi polis pn kata dah orang nak keluar tak boleh buat apa... hm.... merah terus merah le jawabnya...

tolong la oiii... berkorban la skejap... sampai p kedai usung anak kecik apehal la bengong sgt ni.... aku ni dh xlarat berpkp dlm rumah.. jgn la sbb kebengongan korg, yg ikut arahan ni kena harung pkp lg
Quote elnor_81 16-4-2020 12:39 PM
Eh..negara kita kn 0 covid..mne ad merah..ijo blaka tu.
Quote DARSITA 16-4-2020 12:41 PM

DAh menteri pun 2 x 5 ke sana ke mari tak kena tangkap tak kena reman so?
Quote Tinot7 16-4-2020 12:41 PM
Grose replied at 16-4-2020 12:16 PM
are you aware dear that those who are colour blind have difficulty distinguishing red from green ? ...

Manak yg gross,
Iols pasti u tak kaler blind, kan? Hanya org2 yg kaler blind je yg tau
Quote ninja boy 16-4-2020 12:50 PM
Edited by ninja boy at 16-4-2020 12:51 PM

Staff hospital patut lempang 10 das pesakit Dan mereka buat ujian sbb pesakit itu tak pakai mask tak cuci tangan pergi jalan sana sini tidur 10 rumah berbeza bersembang cakap bersembur pergi kerja pergi soping 3 brg hari2 balik airport x mau kurantin petrol station pemalas tak cuci nozel pintu tak dettol tandas
Quote jas7512 16-4-2020 12:50 PM
Maybe yg ada anak kecik takut nak tinggalkan srg2 kat rumah but they have choices..upahlah runner....berkorban duit sedikit
Quote Grose 16-4-2020 12:51 PM
DARSITA replied at 16-4-2020 12:41 PM
DAh menteri pun 2 x 5 ke sana ke mari tak kena tangkap tak kena reman so?

kepimpinan melalui teladan that fails...

heeeeeeee
Quote Miminnn 16-4-2020 12:51 PM
Polis juga yang kena marah. Padahal orang Johor tu yang tak patuh.
Quote Grose 16-4-2020 12:55 PM
Tinot7 replied at 16-4-2020 12:41 PM
Manak yg gross,
Iols pasti u tak kaler blind, kan? Hanya org2 yg kaler blind je yg tau

cuba jgn ketegaq syg bila grose cakap...percayalah...

they honestly dont know or they are colour blind....sedangkan pemimpin pemimpin mereka saban hari mereka lihat berjimba kesini kesana....

Quote TravellingBear 16-4-2020 12:55 PM
Mesti nak kena ada polis baru nak patuh ke

Takkan macam budak sekolah kot... ish . Tak paham laa
Quote Grose 16-4-2020 12:58 PM
elnor_81 replied at 16-4-2020 12:39 PM
Eh..negara kita kn 0 covid..mne ad merah..ijo blaka tu.

mereka percaya kkm has been doing excellent job. covid under control.....as long as they observe kebersihan diri, social distancing, put on masks whenever they go out...they believe this is the only way to fight the virus...head on....
Quote belilies 16-4-2020 01:00 PM
Xpe doc. Biar je sampai area tu ke tahap lockdown. Kosser nak kawal manusia yg xdengar kata. Yg jadi mangsa, yg dh stay umah for the long time tp xdberi klonggaran utk certain regulation.
Quote Grose 16-4-2020 01:03 PM
TravellingBear replied at 16-4-2020 12:55 PM
Mesti nak kena ada polis baru nak patuh ke

Takkan macam budak sekolah kot... ish . Tak pa ...

they RELIGIOUSLY follow the safety/ precautionary measures , bawak sanitizer with them ,social distancing as much as they can, put on masks at all time....can we really fault them sis?if this is wat they strongly believe the way forward in fighting this virus?

Quote Grose 16-4-2020 01:05 PM
Miminnn replied at 16-4-2020 12:51 PM
Polis juga yang kena marah. Padahal orang Johor tu yang tak patuh.

bangsa johor please not org johor

thank you
Quote matamata 16-4-2020 01:06 PM
We are doing to good... Mati pun baru 80 lebih... Cuba kalau bilangan yg mati tu cecah 8000 orang... Yg berjangkit pulak cecah 200K.... Tak payah cakap pun diaorg tau duduk rumah sendiri
Quote Grose 16-4-2020 01:09 PM
matamata replied at 16-4-2020 01:06 PM
We are doing to good... Mati pun baru 80 lebih... Cuba kalau bilangan yg mati tu cecah 8000 orang... ...

saikologically you are right...provided this figure can be transmitted throughout the whole nation termasuk setiap pelusuk pelusuk pendalaman....

hmmm
Quote R2D2 16-4-2020 01:12 PM
bukan ka org JDT tak boleh ditegur ka?

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.052256 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top