CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Kesalahan Jenayah Dilakukan Fuziah - Ngeh Koo Ham

17-4-2020 05:36 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 5251| Komen: 23|Original author: Tukang Tulis

Kredit foto: Facebook

Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham meminta kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak menyalahgunakan kuasa dengan meneruskan tindakan terhadap Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang disiasat kerana menyiarkan berita palsu dalam laman Facebook miliknya.

Pemimpin DAP itu percaya tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Fuziah melalui penyiaran rakaman video dengan kapsyen yang mendakwa kononnya berlaku insiden rempuhan di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru pada 9 April lalu apabila rakyat Malaysia pulang beramai-ramai dari Singapura.

Koo Ham menjelaskan, Fuziah telah memadamkan video tersebut setelah menyedari bahawa ia adalah rakaman video lama.

"YB Fuziah Salleh dan media mempunyai kewajipan untuk memastikan rakyat kita dimaklumkan tentang peristiwa-peristiwa terkini dan undang-undang kita melindungi mereka daripada apa-apa pendakwaan jenayah sekiranya terdapat kekhilafan atau kesilapan yang disebabkan oleh kesilapan fakta. 

"Di bawah undang-undang jenayah negara kita, mens rea (niat untuk melakukan jenayah) merupakan asas sebelum sebarang tindakan itu boleh dikatakan sebagai satu tindakan jenayah.

"Kesilapan fakta adalah satu pembelaan lengkap di bawah Undang-Undang Am (Common Law) dan juga di bawah Kanun Keseksaan kita (Seksyen 76 & 79)," jelasnya melalui kenyataan dalam Facebook.

Ngeh Koo Ham. Kredit foto: Facebook
Fuziah telah memberi keterangan kepada polis pada 10 April lalu dan beliau meminta pihak media supaya tidak membesar-besarkan isu berkenaan.

Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, video berkenaan adalah suasana ketika latihan kebakaran di Bangunan Sultan Iskandar pada 18 Disember 2019.

Siasatan dilakukan oleh polis di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Kredit foto: Facebook
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberi jaminan bahawa tiada dwistandard dalam siasatan kes itu dan sesiapa yang melakukan kesalahan sedemikian akan disiasat di bawah undang-undang yang sama tanpa mengira sama ada dia orang awam atau Ahli Parlimen.

Sewajarnya semua pihak menunggu sehingga siasatan oleh polis selesai dan membentangkan hujah pembelaan dalam mahkamah sekiranya Fuziah didakwa kelak. - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zeatyisaac 17-4-2020 05:46 PM
Geng ni memang jenis buat dulu pastu mohon maaf kemudian, pastu lepas.... Itu kaedahnya. Zaman dah berubah lah...
Quote Skuau 17-4-2020 05:49 PM
teringt sorang forumer..yg sikit2...'nanti aku repot ko'....semasa kerajaan terdahulu berkuasa....
Quote umbut 17-4-2020 05:53 PM
Macam biasa ler ayat geng2 ni... tak salah,oku,mental..kena lepaskan
Quote RatuDunia94 17-4-2020 06:00 PM
Sebagai ahli politik beliau sepatutnya cakna dgn setiap berita dan fakta yg ingin dikongsi di media sosial. Tak pasti jangan kongsi. Tak payah lah nk double standard.
Quote CiliPadiSedap 17-4-2020 06:17 PM
mohon polis siasat sebab ni bukan isu politik ni isu keselamatan negara.
Quote djzara81 17-4-2020 06:19 PM
Backup baekkk punya si Ngeh. Dah jelas lagi terang nek Fuziah post fake news kt FB kan?!
Quote arnauld 17-4-2020 06:24 PM
Baidewei lama tak nmpk @i.am.ph...kena covid ker???
Quote Forfoxache 17-4-2020 06:27 PM
Ni bukan fake news, ni snail af news
Quote sarah82 17-4-2020 06:54 PM
Ohhh.. Sebae berita palsu tak salah rupanya di dalam mimpi basah DAP.. Babi.
Quote dizekni 17-4-2020 07:01 PM
Protek barua penjilat dap

ngeh ku ham ni hakim negara ka polis negara ka apa

suka2 hati jatuh hukum
Quote lampor 17-4-2020 07:49 PM
sarah82 replied at 17-4-2020 06:54 PM
Ohhh.. Sebae berita palsu tak salah rupanya di dalam mimpi basah DAP.. Babi.

Kan... Mungkin ayam.ph lupa nak sekolahlan si fuziah ni... Ke sebab fuziah ni melayu so diwuayuskan saja.
Quote lampor 17-4-2020 07:49 PM
dizekni replied at 17-4-2020 07:01 PM
Protek barua penjilat dap

ngeh ku ham ni hakim negara ka polis negara ka apa

Biasa la perangai rules of law tak abis lagi... Tu ada hati tu nk cakap pasal mco ni x dibuat mengikut law...
Quote Ina8895 17-4-2020 07:59 PM
Skuau: teringt sorang forumer..yg sikit2...'nanti aku repot ko'....semasa kerajaan terdahulu berkuasa....


Sapa tu?
Quote Ina8895 17-4-2020 08:00 PM
lampor replied at 17-4-2020 07:49 PM
Biasa la perangai rules of law tak abis lagi... Tu ada hati tu nk cakap pasal mco ni x dibuat meng ...

Maafkan dia. Dia memang buduh
Quote sarah82 17-4-2020 08:15 PM
lampor replied at 17-4-2020 07:49 PM
Kan... Mungkin ayam.ph lupa nak sekolahlan si fuziah ni... Ke sebab fuziah ni melayu so diwuayuska ...

AyamPH dah kena covid-19 kot.. Tu x sempat sekolahkan fuziah tu
Quote Tinot7 18-4-2020 08:10 AM
sarah82 replied at 17-4-2020 08:15 PM
AyamPH dah kena covid-19 kot.. Tu x sempat sekolahkan fuziah tu

Iols speku dia dah tak dpt bayaran lagi. Atopon dah kena repot.
Quote Tinot7 18-4-2020 08:10 AM
Kenakan tindakan, sbg pengajaran kpd yg lain. Itu sebaik2nya
Quote sarah82 18-4-2020 09:23 AM
Tinot7 replied at 18-4-2020 08:10 AM
Iols speku dia dah tak dpt bayaran lagi. Atopon dah kena repot.

Aku rasa.. Dia yg ah so kena tangkap hina Agong ka pm minggu lepas
Quote Tinot7 18-4-2020 09:27 AM
sarah82 replied at 18-4-2020 09:23 AM
Aku rasa.. Dia yg ah so kena tangkap hina Agong ka pm minggu lepas

Abis tu, gambar yg dia dok bubuh tu gambor sape?
Kembang dia bila poremers puji dia tantek..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.038581 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top