Thermomix merupakan mesin mewah yang mampu menyediakan set makanan dalam satu masa yang sama. Best ke Thermomix ni? Tengok macam boleh masak macam macam. Tapi harga nak dekat 7k ni! Gulp. Bagi mereka yang inginkan alternatif makanan lebih sihat, Thermomix adalah pilihan bijak kerana teknologinya membantu mengawal penggunaan bahan dan mengelak dari menggunakan bahan tambahan seperti MSG, bahan pengawet karsinogenik, serta bahan kimia. Gabungan 12 fungsi alat dapur dalam satu Thermomix seperti suatu keajaiban di mana kini semua orang boleh memasak dengan pantas dan mudah selain menyediakan pemakanan sihat.
Mana taknya, walaupun anda tidak tahu masak masakan tersebut, hanya perlu gunakan resipi yang disediakan dan masukkan bahan-bahannya, kemudian mesin tersebut akan memasak untuk anda. Terdapat beberapa perkongsian di Facebook yang telah menggunakan mesin Thermomix ini dan difahamkan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan chef selebriti Anis Nabilah turut menggunakannya. Menjengah ruang komen Facebook Viral Media Johor yang berkongsi perihal mesin ini, warganet memberikan pelbagai reaksi berbeza. Mahal? Pada yang berkemampuan ianya tidak menjadi masalah. Namun jika para isteri menghajatinya, pasti sang suami sanggup membeilikannya. Siapa tak bini oi! - CARI
|
Boomibulat replied at 15-4-2020 02:43 PM
mcm x best je..
Boomibulat replied at 15-4-2020 02:43 PM
mcm x best je..
Boomibulat: mcm x best je.. T5EOb0iVR7g
ADVERTISEMENT