Ada juga segelintir penerbit yang mahu kerajaan membenarkan syarikat produksi menyambung semula penggambara sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagaimanapun Penerbit Pena Creative Pictures, Datuk Ziela Jalil langsung tidak bersetuju!
Walaupun berjanji mematuhi syarat penjarakan sosial atau menjalani penggambaran di kawan terpencil, Ziela mempersoalkan bagaimana penerbit yakin virus COVID-19 tidak akan tersebar? Sudah pasti dalam anggaran 20 hingga 25 tenaga kerja akan terbabit jadi ianya secara tidak langsung melanggar arahan kerajaan yang menghalang orang awam daripada berkumpul.
"Dalam keadaan sekarang, kita tidak boleh mementingkan diri sendiri. Kita seharusnya menghormati keputusan kerajaan. Tentunya kerajaan lebih tahu apa yang terbaik. "Jika sebut soal tekanan akibat PKP, kita perlu memikirkan orang berniaga kecil-kecilan dan pekerja yang makan gaji hari. Mereka lebih terkesan dalam keadaan ini. "Sekalipun mematuhi langkah keselamatan seperti menjaga jarak sosial, memakai sanitasi dan menjaga tahap keselamatan, tetapi apa jaminan boleh selamat?" katanya kepada BH Online. Tambah Ziela lagi, seharusnya penerbit tidak mementingkan diri dalam keadaan negara sedang berusaha mengawal penularannya. "Fikirkanlah yang kru produksi dan pelakon ada keluarga, anak dan isteri. Apa akan terjadi kepada keluarga, sekiranya mereka dijangkiti?" soalnya. Benar apa yang dikatakan Ziela. Kepada penerbit yang dimaksudkan, cubalah bermuhasabah diri. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|