Tular di media sosi@l dakwaan bahawa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkawal di Bangunan Selangor Mansion yang dikenakan PKPD memakai topi keledar untuk mengelak bukan sekadar sampah, tetapi termasuk bungkusan plastik berisi air kencing warga asing dari tingkat atas bangunan itu. Namun, Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang menafikan dakwaan tersebut. Jen Tan Sri Affendi Buang berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk anggotanya berbuat demikian. "Tidak ada perkara sedemikian (anggota tentera memakai helmet (topi keledar) elak air kencing warga asing ketika bertugas di bangunan Selangor Mansion). "Pihak ATM hanya memakai helmet (topi keledar) untuk tempat yang diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) manakala di tempat lain adalah seperti biasa," katanya memetik laporan Bernama. Khabarnya, sikap biadab penghuni warga asing itu dipercayai kerana mereka tidak berpuas hati terhadap perintah PKPD dan kemungkinan kerana masalah mendapatkan bekalan makanan. Kerajaan Malaysia telah membekalkan makanan tengah hari dan makan malam sepanjang 14 hari PKPD kepada 1,850 penghuni di kawasan berkenaan. Bersyukurlah kerana masih dilayan baik di tempat orang. Salute kepada frontliners yang terpaksa berdepan situasi begini.- CARI
|
Sham143 replied at 11-4-2020 07:19 PM
Kebanyakan warga asing ni tk berpelajaran
dan bermentaliti kelas 3.. Tu sbb tk faham2 tujuan PKP n ...
ADVERTISEMENT