CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tergamak Jual Makanan Walaupun Tak Pandai Masak - 'Peniaga PKP Segera' Dikecam

10-4-2020 11:30 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 14071| Komen: 114




Antara trend terbaharu musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini ialah berniaga makanan kemudian dihantar kepada penerima. Maklumlah, ramai yang kehilangan punca pendapatan lalu menjadikan bisnes makanan ini sebagai pengganti.

Yang menjadi masalahnya pula ialah ada di antara peniaga makanan 'delivery' ini rupa-rupanya tidak pandai memasak pun. Banyak komplen diterima menyatakan bukan sahaja tak sedap, lebih teruk pengotor, makanan berminyak-minyak, terlajak masin dan sebagainya. Kalau tak pandai masak, kenapa buka 'order'?

Kredit foto: Twitter


Kekecewaan mendapat makanan sebegini biasanya diluahkan di media sosial lalu mendapat respon yang sama daripada warganet. Makanan yang dibuat tahap cincai, lauk yang bercatu, rasa teruk antara yang diperkatakan. Kenapa peniaga tergamak menganiayai pembeli?
FB
Sinar Harian

Walaupun mempunyai persamaan dengan Bazar Ramadan (ramai juga peniaga segera), tetapi disebabkan konsep 'delivery' itu membuatkan pelanggan lebih susah untuk komplen. Malahan ada pula yang pesanan tidak dihantar pun ke rumah dengan alasan terlepas pandang. Aduhai kasihannya apabila terkena situasi sebegini.

FB
buzzkini


Ia turut dipersetujui oleh warga Twitter yang pernah menerima nasib sama. Sudahlah makanan yang sampai tidak sama dengan gambar, rasanya juga tiada garam dan gula, dah kenapa?

google

Begitulah, apabila terdesak ramai sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan duit masuk ke dalam poket. Bagaimanapun, harus ada panduan untuk 'peniaga segera' ini. Jangan hampakan harapan mereka yang membuat tempahan dengan makanan yang entah apa-apa. Sebaik-baiknya perlu mencuba makanan sendiri dahulu sebelum menjual. - CARI
1

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellez 10-4-2020 11:36 AM
Belilah dari seller yg kita dah biasa..
Quote sarah82 10-4-2020 11:46 AM
So far Alhamdulillah.. Makanan yg aku order tak pernah me ngecewakan.
Quote LostStar 10-4-2020 11:57 AM
Tak yakin nak oder makanan berlauk ke goreng2 ke dari online.. kelak sebegini la kesahnya.. dapat ciput.. rasa xdak.. ish3.. niaga yahudi pny cara.. daku kalau fast foods tu yakin la nk oder sbb dah taw isi dia lagu mana..
Quote nazzse 10-4-2020 11:57 AM
Masalah  bila yakin sangat pandai masak sedap, padahal..buat naya customer je
Quote opie5662 10-4-2020 11:59 AM
Masak je la sendiri....masa byk kot time pkp ni...ape yy pemalas sgt. Aku sejak pkp ni tak pernah lagi beli kat luar. Idok le pandai mane masak....tp tetap usaha nk masak. Jgn malas je...mmg ape pon x jadi kalau malas
Quote opie5662 10-4-2020 12:02 PM
Tu blom lg tatau la bersih ke idak diorg tu masak.  Peniaga express ni confirm tak cucuk typhoid. Jgn igt senang nk niaga2 gitu je.
Quote meow_tompok 10-4-2020 12:07 PM
opie5662 replied at 10-4-2020 11:59 AM
Masak je la sendiri....masa byk kot time pkp ni...ape yy pemalas sgt. Aku sejak pkp ni tak pernah la ...

ye la mula2 la tak reti, nanti pelan pelan kayuh....lagik 5 tahun dah expert dah

jgn umur dah 40, masak apa pun tak sedap tak bole makan






Quote sakurahati 10-4-2020 12:07 PM
Aku tak pernah lagi order online makanan bermasak mcm nasi n lauk..paling2 malas pun aku masak nasi n goreng telur je..aritu try order kfc delivery, besar2 ayam dia bagi..mgkin sbb tak ramai customer kot
Quote zehra2 10-4-2020 12:08 PM
Beli lah dgn org yg kita dh biasa. Sesekali beli terus dikedai supaya dia pun kenal kita. Tgk kebersihan kedai nya. Amik no telefon. Kita baik dgn org.. org pun tentu baik dgn kita.
Tp  elok masak sendiri.. modal yg berbaloi.. duit jimat.. mknan pun berkhasiat.
Quote fliphair8 10-4-2020 12:08 PM
Mujor tak penah membeli...kecuali fast food...tu pun baru sekali sepanjang pkp...hakak sejenis tak caya tahap kebersihan orang....ade orang rupa lawa kemas jumpa kat luar, pi rumah dia berlecak! Kompem hakak tak makan air tangannya...makan kedai pun recce dulu kalau tak biasa, pi masuk toilet sambil jengok2 dapo...tak ngam hakak blah...
Quote meow_tompok 10-4-2020 12:08 PM
nasi goreng kampung pun nak order gak.... adoiiii goreng sendiri la bhai
Quote TravellingBear 10-4-2020 12:16 PM
opie5662 replied at 10-4-2020 11:59 AM
Masak je la sendiri....masa byk kot time pkp ni...ape yy pemalas sgt. Aku sejak pkp ni tak pernah la ...


Yg beli tu masih bekerja ... essential service... kerja tetap diteruskan walopon PKP.... atau “work from home” di mana workload tu bertambah sbb nak kemas rumah , cuci toilet, monitor kerja sekolah anak etc... kesian juga kat depa naaa... meeting lagi conference online lagi.. submit report lagi... monitor staff buat keje ke tak lagi... laki/bini merengek lagi... ehh memacam laaa tupasal masak ni kerja yg dah jatuh ke nombor 99

Yg macam aku pkp ke tak ke tetappp mmg ada xtvt masak2 dirumah (walopon bukan aku yg memasaknya heheee) sbb aku mmg tkde keje dah lama (retirement phase) ... keje aku ialah keje2 di  yg kalau aku rasa nak tangguh pon takpe. Bak kata nobito , aku tkde laiffff ... padehal aku ada byk laifff yg takde keperluan nak citer kat forum
Quote opie5662 10-4-2020 12:23 PM
TravellingBear replied at 10-4-2020 12:16 PM
Yg beli tu masih bekerja ... essential service... kerja tetap diteruskan walopon PKP.... atau “ ...

Yg bekerja ni terkecuali la. Tp ade je yg bekerja ni sempat jgk masak. Well done.

Kdg2 kite ni membeli sbb nk tolong peniaga2 ni. Tp diorg plak buat peel mcm ni kan. Mcm mane la org nk tolong kan. Jgn fikir nk untung je. Kalau rase kuantiti sikit, jual la harha yg patut ngan kuantiti. contoh tomyam ade 5 urat ayam, sekor udang, 1 ketul sotong. Jual 2 hengget je dah. Takyah la tekan sampai 6 7 hengget. Tu pon byk dh untung
Quote R2D2 10-4-2020 12:29 PM
kalau ada Bazar Ramadan sekalipun jgn terus beli peniaga yg kita tak pernah tgk dia berniaga
cth mcm ayam golek, ayam percik
ayam kalau lambat dimasak
dia akan berbau
tu sebab sesetngah ayam golek
bila time nk bukak
baru kita perasan ayam tu dah berbau
puncanya peniaga SEGERA ni biasanya zero bab nk proses ayam
Quote CiliPadiSedap 10-4-2020 12:38 PM
kaka order kacang panjang dapat kacang butter. sedih
Quote belilies 10-4-2020 12:40 PM
Iols smnjak pkp ni 2x je klua. Itu pun ada yg prejudis fikir iols ni spreader. Malas nak klua sll, beli groceries bekal 2mggu. Kelmaren iols masak sambal. Rasanya blh thn sbulan sbb iols tggl solo kat umah ni. Mlm td cuba mkn roti lapis ngan mozarella cheese ngan sambal tu selapis. Taruh dlm sandwich maker makhangggg.... Pergghhh.... Pertama kali dlm sejarah iols makan roti 2 trip. Pastu tobat, esok (arineh) puasa.
Quote TravellingBear 10-4-2020 12:44 PM
belilies replied at 10-4-2020 12:40 PM
Iols smnjak pkp ni 2x je klua. Itu pun ada yg prejudis fikir iols ni spreader. Malas nak klua sll, b ...

Makan roti camtu mmg berhantu. Susah nak berentizzx Sedar2 je timbang naik sikit2 ... kehkehkehhh. Tupasal rumah aku takde simpan roti gardenia...
Quote belilies 10-4-2020 12:48 PM
TravellingBear replied at 10-4-2020 12:44 PM
Makan roti camtu mmg berhantu. Susah nak berentizzx Sedar2 je timbang naik sikit2 ... kehkehkehhh. ...

Ya betul. Roti ni mmg menggemukkan iols. Sbb iols mesti letak cheese bila makan. N sapu butter. Tp bila malas masak nasi, roti ni mmg penyelamat, sbb mudah dibuat. So far musim pkp ni pnah 3hari bturut mkn roti. Tu yg kene restock, tpaksa trun pekan. Arineh pun rasanya iols mkn roti, mls nak masak nasi. Smlm sharian dh mkn nasi
Quote MsKathryn 10-4-2020 12:53 PM
Masak sendiri lg bgs, puashati..  sedap ke x sedap sendiri mkn sendiri complain {:thief

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.068188 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top