Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih belum tamat dan masih ada pesakit positif dari kluster sedia ada di Malaysia masih belum pulih kesemuanya. Terkini, timbul pula kluster baru iaitu dari rakyat Malaysia yang bercuti ke luar negara semasa musim cuti persekolahan lalu lebih kurang dua minggu sebelum PKP bermula. Dalam pada itu, ada pula cerita tidak enak yang dikongsikan mengenai kluster ini seperti yang dikongsikan pemuda ini menerusi Facebooknya. Loading FB Post...
Menurutnya, pesakit dari kluster ini agak cerewet memilih tempat untuk dirawat dan acah-acah jadi mangsa covid. Malah pesakit dari kluster ini agak sukar memberikan kerjasama pada frontliners. Namun begitu, bukan semua pesakit dari kluster ini bersikap demikian terutamanya para pelajar yang belajar di luar negara. Beliau mengakui merindui pesakit dari kluster tabligh yang sentiasa memberikan kerjasama penuh pada frontliners sepanjang rawatan di hospital. Mereka sentiasa menghidupkan amalan zikir, membaca al quran dan solat berjemaah walaupun sedang berjuang melawan wabak maut itu sehingga ada tempat yang didakwa 'keras' sudah bebas dari gangguan makhlus halus. Warga maya turut sependapat dengan hantaran ini dan kecewa dengan sikap sesetengah individu yang masih mahu melancong ke luar negara walaupun wabak COVID-19 telah menular di beberapa negara luar. |
munchkin: Edited by munchkin at 10-4-2020 02:12 PM Jangan hasnah sangat lah. Rindu? Biar betul? Dalam bidang perubatan mana boleh ko ada perasaan double stan ...
aijinmisaki replied at 10-4-2020 02:15 PM
I second this. Macam la orang2 tabligh tu tak ada yang perangai buruk pun. Hanya sebab berzikir ...
munchkin: Edited by munchkin at 10-4-2020 02:12 PM Jangan hasnah sangat lah. Rindu? Biar betul? Dalam bidang perubatan mana boleh ko ada perasaan double stan ...
ADVERTISEMENT