Selepas menjalani proses kuarantin selama 14 hari, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kini dilaporkan dalam keadaan sihat. Memetik laporan Astro Awani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat di atas doa dan keprihatinan terhadap baginda berdua.
Tambahnya lagi, Al Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong juga menjalani beberapa proses saringan bersama KKM ketika tempoh kuarantin. “Sejumlah 116 kakitangan Istana Negara turut diarahkan oleh KKM menjalani saringan dan kuarantin diri selama 14 hari, yang juga berakhir hari ini,” katanya.
Terdahulu, Al Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong disahkan negatif Covid 19 selepas 7 kakitangan Istana Negara disahkah positif wabak itu. - CARI
|
ADVERTISEMENT