Penyanyi
dan chef selebriti Datuk Fazley Yaakob akhirnya dapat bertemu kembali dengan
anak dan isterinya setelah tamat tempoh kuarantin selama 2 minggu bagi
mengelakkan wabak Covid-19, lapor Sinar Harian.
Fazley, 42, dikuarantin setelah kembali dari Singapura pada 23 Mac
lalu. Fazley telah berada di Singapura selama tiga minggu atas urusan
kerja. Kata Fazley, selama lebih 30 hari tanpa anak-anak, isteri serta
keluarga merupakan satu penyiksaan jiwa yang cukup panjang.
"Terpisah kerana kerja dan kuarantin diri adalah sesuatu yang saya
tak pernah jangkakan," katanya.
"Saya rasa saya kuat tapi apabila balik melihat anak-anak, isteri dan ibu, kaki saya longlai, hati luluh, air mata mengalir tanpa henti. Rindu yang amat sangat!" tulisnya di Instagram.
|
rotijohanz replied at 11-4-2020 01:37 PM
nmpk fake dan dibuat buat jer......
sbb bdk bdk tu mcm disuruh suruh peluk lama lama smata utk reko ...
blekkep: Geli ngan sluar ketat n misai heols
ADVERTISEMENT