CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kit Ujian Pantas Covid-19 'Bersepah' Di Laman Sosial, Dakwa Boleh Tahu Keputusan 3 Minit Sahaja

8-4-2020 04:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2393| Komen: 18

Pada waktu ramai mencari kit ujian pantas Covid-19, ada pula pihak yang mengambil kesempatan dengan menjual peralatan itu tanpa kelulusan KKM.

Memetik laporan Harian Metro, hal tersebut dapat dilihat menerusi beberapa iklan di laman sosial yang menawarkan orang ramai kit ujian pantas Covid-19 dengan harga RM99 lebih murah daripada bayaran yang dikenakan hospital swasta. 


Malah, iklan itu mendakwa dapat memberikan keputusan seawal 3 minit berbanding beberapa jam mengikut prosedur operasi standard (SOP) KKM.

Kredit foto: Harian Metro

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang mengesahkan hal itu berkata, buat masa ini tiada kit ujian Covid-19 yang dibenar dijual secara terbuka kepada orang ramai.


“Setakat ini tidak ada yang boleh digunakan untuk pengesanan (Covid-19) kerana tiada kelulusan untuk diagnosis,” katanya.

Beliau juga mengingatkan orang ramai berwaspada dengan tawaran kit ujian pantas yang dijual di laman sosial itu.

Menerusi laman sosial, dapat dilihat para pengguna berminat mengetahui keberkesanan alat tersebut yangg dipercayai dari China.

Malah, ada dakwaan yang mengatakan masih tiada data sahih dan bukti yang menunjukkan keberkesanan alat tersebut. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 8-4-2020 05:12 PM
meols flip hair sajork
Quote Artemesiaa 8-4-2020 05:15 PM
Pastikan ada kelulusan KKM sebab kalau tak ada kita tak tahu tahap keberkesanannya.  Macam yang pernah dilapurkan ada yang hanya 58% effective jadi tahap ketepatannya kurang.
Quote tiesza169 8-4-2020 05:17 PM
Rasanya aritu katanya kit ni kesan antibodi corona yg dihasilkan bila dah sembuh... Ye kot... Gutu rasanua dulu
Quote Grose 8-4-2020 05:22 PM
[youtube]OOY87y0Lmig[/youtube]

I hope we don't need to go through this kind of antics  again..
Quote luvcomot87 8-4-2020 06:01 PM
Kena byk study lgi psl antigen-antibody then bru tahu kit tu tepat atau x
Quote CiliPadiSedap 8-4-2020 06:25 PM
doctor nurse pakai suit angkasawan nak uji test covid19, orang awam hebat blh test covid19 dari rumah. syabas anda cerdik
Quote bloodyamuk 8-4-2020 06:48 PM
wow nyempat ek opportunist buat produk...

dah pattern kan ke kalo berkesan sangat...

3min macam test pregnancy kit la plak ekekeke
Quote munchkin 8-4-2020 07:50 PM
Edited by munchkin at 8-4-2020 07:51 PM

Kawan aku pun tunjuk dia punya test. Label china. Konfiden je. Dah kena tegur. Lol
Quote Nahnukutu 8-4-2020 08:36 PM
kalau ada yg mudah dan murah why not lah... as a first line screening

Quote Supersirap 8-4-2020 09:39 PM
Jangan beli, scam je tu
Quote Tinot7 8-4-2020 10:15 PM
org awam kalau test, depa tau ke cara nak baca?
Quote Leonclay 8-4-2020 11:23 PM
Salah label tu..Ni mcm test kit utk pregnancy je..maklum la lama dok umah..nnt ada gelombang gelembong pulak g spital smp x cukup katil {:run
Quote yuuki_snowy 9-4-2020 12:52 AM
Tapi macam sama je pic dr ig mlstudiosmy.
Quote yuuki_snowy 9-4-2020 12:54 AM
Edited by yuuki_snowy at 9-4-2020 12:58 AM

Adakah test kit ni dr kilang di penang tu?


https://www.instagram.com/tv/B-t1lghnfQ8/?igshid=1rza202gfkihe
Quote ellez 9-4-2020 01:05 AM
Kat shopee rm55..tapi betul ke keberkesanan test kit ni..
Nak pm seller tanya tapi xpelah..
Hihi
Quote akusukaq 9-4-2020 07:00 AM
kalu rm 5 pun aku idak lah nak beli.
Quote Genkidesuka 9-4-2020 08:27 AM
assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

ni la yg org tua2 kata:  sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya.  
Quote husna_amal 9-4-2020 12:01 PM
macam fake je test tu.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.092607 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top