Scammer menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merayu pendakwah yang menjadi sasaran penipuannya supaya menarik balik doanya kerana enggan dijangkiti Covid-19. Menerusi Instagram pendakwah bebas Syed Abdul Kadir Aljoofre, dia menerima kiriman (SMS) 'dari LHDN' memaklumkan kononnya beliau layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Bersama SMS itu, dia meminta Syed Abdul Kadir sertakan butiran peribadi termasuk nombor akaun dan kata laluan. Sedar tindakan menipu individu tersebut, beliau membalas SMS berkenaan dengan mendoakan individu terbabit dijangkiti penyakit kronik atau Covid-19. Takut doa berkenaan makbul, scammer itu terus merayu agar Syed Abdul Kadir menarik semula doanya. Perkara itu beliau kongsikan di Instagramnya berserta paparan skrin perbualannya dengan inidvidu terbabit. "Kadang-kadang kena jawab begini juga kan. Mujur dia takut juga pada doa orang dizalimi. Eh, ke dia takut Covid-19?" selorohnya. - CARI
|
yuki812 replied at 8-4-2020 05:06 PM
korang jangan main2 ngn ustaz tau..
doa ustaz makbul tau....
takper perangai nan hado..
nfaaa: dia ni singaporean lah..tu la kenapa tah ayat tu berbau sabahan..dia kahwin dengan Salima Habibi AF dedolu tuu
tapirbiru replied at 8-4-2020 04:45 PM
dia ni ustaz kawen dgn artis.. gila publisiti..sapa ek nama bini dia..adoi lupa lak..retis sendu
batusembilan replied at 8-4-2020 05:25 PM
doa org yg teraniaya yg akan dimakbulkan. bc betul2.
ADVERTISEMENT