CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wuhan Akhirnya Dibuka Semula Selepas Berkurung 76 Hari

8-4-2020 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5969| Komen: 48

Wuhan, wilayah yang dilaporkan bermulanya wabak Covid-19 sehingga menyebabkan perintah berkurung dikuatkuasakan, kini dibuka semula selepas 76 hari perintah itu dilakukan.

Bagaikan hidup semula, pintu masuk dan keluar bandar itu dibuka tepat 12 tengah malam Rabu waktu tempatan.

Pembukan semula Wuhan yang menjalani perintah berkurung selama 11 minggu disambut meriah penduduk setempat dengan melakukan pertunjukan lampu.

Malah, penduduk seramai 11 juta orang di situ tidak perlukan lagi kelulusan rasmi untuk keluar masuk ke bandar itu.

Kredit foto: Xinhua/Rex/Shutterstock


Namun, difahamkan mereka masih perlu menggunakan aplikasi pada telefon bagi memudahkan proses menjejaki pergerakan jika ada sebarang kontak dengan individu yang positif Covid-19.


Memetik The Guardian, seorang lelaki dikenali sebagai Zhang Kaizhong, 51 yang datang ke bandar itu sebelum perintah berkurung untuk melawat anak lelakinya, berkata dia terpaksa berpisah dengan isteri lebih 70 hari.

"Saya sangat rindukan isteri saya. Saya kini sangat teruja," katanya yang dalam perjalanan keluar dari Wuhan. - CARI 
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Grose 8-4-2020 07:49 AM
When it comes to pulau besar ini...

"Baca dengar boleh, utk percaya at your own peril"
Quote sarah82 8-4-2020 08:04 AM
Nak percaya pada sumber China? Maaf aku tak percaya.. Hanya data KKM aku yakin tepat. Jadi kita sendiri kena buktikan yg MCO berjaya putuskan rantaian jangkitan ni.
Quote R2D2 8-4-2020 08:26 AM


Wuhan akhirnya dibuka setelah 76 hari berkurung

WUHAN: Selepas 76 hari menjalani perintah berkurung, akhirnya Wuhan bagaikan hidup semula.

Ia selepas pintu masuk dan keluar bandar itu dibuka tepat 12 tengah malam Rabu waktu tempatan.

Penghujung kepada perintah berkurung selama 11 minggu itu disambut meriah penduduknnya dengan pertunjukan lampu.

Bermula hari ini, 11 juta penduduk bandar itu dibenarkan keluar dan masuk Wuhan tanpa memerlukan kelulusan rasmi.

Bagaimanapun, mereka perlu menggunakan aplikasi pada telefon pintar bagi menjejaki pergerakan sekiranya mempunyai sebarang kontak rapat dengan individu yang positif COVID-19.

Di sepanjang Sungai Yangtze, penduduk Wuhan mula memenuhi jambatan untuk menyaksikan pertunjukan lampu.

Lapor The New York Times, Wuhan hanya melaporkan tiga kes baharu dalam tiga minggu lalu manakala tiada kematian dilaporkan di seluruh China semalam buat pertama kali sejak Januari.
Quote tripleid 8-4-2020 09:10 AM
tahniah..pasni makan la kelawar lagi
Quote gbam 8-4-2020 10:03 AM
https://twitter.com/BNODesk/status/1247566963876003842

video perasmian, lebuhraya dibuka semula
Quote AbukRokok 8-4-2020 10:36 AM
semoga lebih banyak haiwan dibunuh ... amen
Quote minah_selekeh 8-4-2020 10:49 AM
tripleid replied at 8-4-2020 09:10 AM
tahniah..pasni makan la kelawar lagi

Tambah sikit: Continue la melantak anjing dan kucing.. "It's our rights" katanya, kan..
Quote tripleid 8-4-2020 11:22 AM
minah_selekeh replied at 8-4-2020 10:49 AM
Tambah sikit: Continue la melantak anjing dan kucing.. "It's our rights" katanya, kan..

jgn lupa..tenggiling,tikus mundok,biawak komodo,ular sawa dan makhluk2 yg sewaktu dgnya....
Quote Ethernet 8-4-2020 11:34 AM
maknanya PKP kita setakat 28 hari ni mmg tkkan beria kesan apa-apa la? mmg kena extend lg la jwbnya kan.
Quote Miss_Ceri 8-4-2020 11:46 AM

Kalau betul berita ni my assumption is coronavirus ni after few generation dia dh xmengganas mungkin sbb dh terencat after kena attack dgn antibodi manusia yang pertama kedua ketiga. Syukurlah kalau betul gitu sbb dia xbermutasi rentan dgn antibodi manusia. Hopefully lepas kuarantin beberapa bulan, kalau pun masih ada virus ni di dunia, ia x lagi berbahaya, dh jadi sama seperti selsema yg lain. Jgn ada keluar induk baru asal dari haiwan2 berkenaan dah la..


Quote Naatasha 8-4-2020 11:57 AM
Miss_Ceri replied at 8-4-2020 11:46 AM
Kalau betul berita ni my assumption is coronavirus ni after few generation dia dh xmengganas mungk ...

Tak tau u faham macam mana. Tapi dari news tu yg i faham, mereka berjaya putus kan rantaian. So wabak dah tak merebak.

Tu pun 3 minggu lepas ada jangkitan baru, mana dtg jangkitan tu pulak?

Apa pun i still x percaya apa china cakap
Quote Miss_Ceri 8-4-2020 12:01 PM
Naatasha replied at 8-4-2020 11:57 AM
Tak tau u faham macam mana. Tapi dari news tu yg i faham, mereka berjaya putus kan rantaian. So wa ...


Oppss terupa nk paste link thread yg satu lagi ni.
My assumption based on this thread as well.

COVID-19. China berdepan kenaikan kes asymptomatic (pesakit tak ada apa-apa gejala)
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1196033&mobile=2
Quote lampor 8-4-2020 12:06 PM
Grose replied at 8-4-2020 07:49 AM
When it comes to pulau besar ini...

"Baca dengar boleh, utk percaya at your own peril"

Jangan kata ummah sana... Saka2 keturunan dia kat sini pun ko x boleh percaya.... Hancing je manjang...
Quote dizekni 8-4-2020 12:07 PM
PKP lanjut 2 bulan lagi

segalanya berkemungkinan
Quote Miss_Ceri 8-4-2020 12:11 PM

Virus yg keluar dari badan mangsa, lagi lama dia dlm badan manusia tu contoh 10 hari, bila keluar dia lebih lemah compared to yg menjangkiti mangsa kedua dlm tempoh contoh 2 hari. Malangnya mangsa generasi pertama kedua ketiga sukar nak lawan sbb virus masih kuat dan overwhelming. Pendapat sy yg bukan dari line medic

Quote Naatasha 8-4-2020 12:11 PM
dizekni replied at 8-4-2020 12:07 PM
PKP lanjut 2 bulan lagi

segalanya berkemungkinan

Yeke? Apasal dkt ofis i mcm ada ura2 dah nk beroperasi balik 14/4 ni?
Quote dizekni 8-4-2020 12:18 PM
Naatasha replied at 8-4-2020 12:11 PM
Yeke? Apasal dkt ofis i mcm ada ura2 dah nk beroperasi balik 14/4 ni?

Itu pun ada kemungkinan

tunggu pengumuman rasmi kerajaan dalam masa terdekat
Quote Miss_Ceri 8-4-2020 12:20 PM

Kalau pkp smpai raya ni pun ok jugak. Risiko kurang and jimat duit raya
Quote R2D2 8-4-2020 12:54 PM
dlm masa 76 hari
kelawar
ular
semua dh membiak
ni la peluang dia org nk lepaskan geram lama tak makan

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.122046 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top