CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Rakyat Tengah Lawan Covid-19, Siti Nordiana Sibuk Promosi Tudung!"

8-4-2020 03:24 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 16598| Komen: 115|Original author: Oleh: Saiful

Sedang rakyat berdepan dengan penularan wabak Covid-19, Siti Nordiana pula sibuk mempromosikan tudung dan baju raya di Instagram.

Gara-gara tindakannya itu, artis yang lebih mesra dipanggil Nana ini menerima kecaman ramai.



Namun tampil membela diri, dia menyatakan, tudung itu bukan untuk Aidilfitri saja, bila-bila nak beli dan pakai pun boleh.

Tambahnya dia tak mahu orang  ramai salah anggap kerana dia promosi tudung bukannya baju raya seperti didakwa.



"Itu hanya koleksi tudung. Saya kena promosikannya kerana sudah menandatangani kontrak dengan syarikat tudung berkenaan. Sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, persetujuan kerjasama sudah dibuat. Jadi, saya lakukan saja apa yang sepatutnya.

"Sesi fotografi untuk koleksi tudung sudah dibuat sebelum PKP dan tarikh untuk saya muat naik promosi di Instagram juga sudah dimaklumkan," katanya kepada Harian Metro.

Foto: IG
Nana juga menegaskan tiada masalah untuk mempromosikan produk tersebut memandangkan memang orang pakai tudung hari-hari.

"Tiada masalah untuk kita promosikan tudung di Instagram ketika ini. Lagipun, orang pakai tudung setiap hari dan ke mana-mana saja. Urusan pembelian juga dibuat secara atas talian (online).

"Pemakaian tudung adalah rutin harian untuk wanita berhijab jika dia ke mana-mana. Jadi, tudung kini adalah antara keperluan wanita," tambahnya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idril 8-4-2020 03:33 PM
dah kenapa x boleh jual tudung? nak kena meratap covid ke hulu ke hilir ke sambil gelabah kopek?
Quote sharlenetexas 8-4-2020 03:40 PM
Berapa harga? Kalau harga berpatutan tak nak lahar
Sheols pun mencari rezeki juga. Semua orang terkesan.
Kalau sheols jual produk timbang kilo iols pun nak kecam
Quote kucingitam 8-4-2020 03:42 PM
amende la tu pun nak kondem..

dah itu pun mata pencarian dia kan..

bila retis minta bantuan kau hentam selagi boleh suruh artis berniaga, cari kerja lain.

ni dia dah berniaga, kau cakap macam2...busuk ati la netizen ni..

Quote sarah82 8-4-2020 03:43 PM
Lorr..jadi model tudung salah satu bentuk rezeki dia.. Lagi pun dia kan ibu tunggal ada anak.. Tak salah dia jadi model. Kalau dia minta bantuan korang juga kecam.. Tak paham aku.

Lagi satu... Cloverush ni antara jenama tudung yg ok..

Walaupun aku dah x beli cloverush sbb aku tak sokong jv owner dgn terlajak laris.

Tapi tudung cloverush ni sedap pakai. Material tak panas dan terbentuk elok walaupun pakai spek.. Well aku speky.. Susah cari tudung yg still cantik awning bila pakai spek.

Dan skrg aku tengah in love dgn Marshmallow.
Quote unguaurora 8-4-2020 03:45 PM
Mcm xde kelainan design tudung tu.
Quote haruslah 8-4-2020 03:47 PM
Netizen mcm ni vs artis bantuan mmg layak lah
Hahaha....
Quote MentariSenja 8-4-2020 03:57 PM
Apa lah netizen ni....biarlah ni nak promote tudung ker, produk ker....bukan nya dia paksa kita beli. Nanti artis mintak bantuan korang marah. Sometimes I rasa artis ni jadi tempat melepaskan kemarahan. Mentang2 lah artis ni org biasa. Kesian pulak. Padahal bersepah lagi 'yg diatas' tu yg hidup mewah dgn duit rakyat, tapi artis jugak yg dimaki hamun. Irrational to the max
Quote beatgirlX 8-4-2020 03:57 PM
Itu dah lumrah dia ada buss..tak salah nak nak promote pun..
Quote ellejo 8-4-2020 03:58 PM
apa sebenarnya yang netizen inginkan?
#wot
Quote meow_tompok 8-4-2020 03:59 PM
sorry nana tak nak beli... tak cantik

too makcik makcik for me
Quote anilanil 8-4-2020 04:00 PM
Ctnana work from home pon jadi isu. Dah tu nak soh dia jadi rider foodpanda ke camner?
Quote krustykrab 8-4-2020 04:00 PM
idril replied at 8-4-2020 03:33 PM
dah kenapa x boleh jual tudung? nak kena meratap covid ke hulu ke hilir ke sambil gelabah kopek?

Itu ler pasal....bodoh la yg komplin tu...satgi dia duk saja mintak bantuan khusus korg kecam pulak, kata dia malas...
Covid ke hapa ke, hidup kena teruskn
Quote sonatalady 8-4-2020 04:04 PM
Dh habis semua artis buat nak kecam..kau dh kenapa ntzen?
Lama sgt berkurung..sampai semua x kena eh.

Quote gekkou 8-4-2020 04:12 PM
dia tengah usaha cari rezeki
bukan dia minta bantuan
yang netizen pun menyalak tak kena tempat
kalau dah tak mampu nak beli
duduk diam-diam sudah
kenapa perlu bitter dengan orang yang berusaha cari rezeki?
Quote fliphair8 8-4-2020 04:15 PM
Haiyoooo dek....dia niaga je le dek...bukan mintak bantuan.....

#bukankarat
Quote Izumieza 8-4-2020 04:18 PM
Dia pun cari rezeki tu wei.. yg tu pun kecam gak pasai pa..
Quote msdummy.2018 8-4-2020 04:27 PM
I ok jer... Slagi dia xckp yg artis ni golongan yg istimewa dan perlukan bantuan khas.... Nak2 kalo dia mintak byrn tuj promosi stay st home
Quote Aai2 8-4-2020 04:32 PM
Dia promosi tudung..bkn paksa netizen beli..itu salah satu punca pendptan dia...x kan musim convid semua org x boleh buat kerja...
Quote KIM.K 8-4-2020 04:35 PM
Boring netizen mengada ni kecam kiri kanan. Asal mengecam gitu

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.053115 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top