Seorang pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) kesal dengan sikap segelintir pelajar-pelajar lain yang membazirkan makanan percuma yang disediakan kerajaan semasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Melalui laman Facebook UTAR Confessions, dia menyatakan perasaan terkejut apabila 100 pek makanan yang dihantar ke satu blok asrama dibiarkan begitu sahaja kerana pelajar-pelajar yang telah mendaftar untuk mendapatkan makanan percuma tidak mengambilnya. Pelajar tersebut menjelaskan bahawa dia terlibat dalam pengagihan makanan percuma ke blok-blok asrama di UTAR.
Lebih dikesali, katanya, pelajar-pelajar terbabit memberi pelbagai alasan remeh-temeh ketika diminta datang mengambil pek makanan mereka. Antaranya terlalu jauh dari tempat mereka, cuaca sangat panas, belum bangun tidur, mahu mengambil makanan untuk minum pagi, makan tengah hari dan makan malam sekali gus serta meminta makanan dihantar ke bilik asrama mereka. Malah dia mendakwa, segelintir pelajar memberi makanan percuma itu kepada kucing dan anjing liar. Akhirnya, masalah 100 pek makanan yang tidak diambil itu dapat diselesaikan apabila pelajar berkenaan dan rakan-rakannya mengambil inisiatif menghantar kesemuanya kepada orang ramai yang lebih memerlukan. Cuma dia terkejut dengan kualiti pelajar-pelajar berkenaan yang dianggapnya 'sangat rendah' kerana mereka sendiri yang mendaftar untuk program makanan percuma. Katanya, ada yang mendakwa makanan yang disediakan di universiti-universiti lain adalah lebih baik berbanding di UTAR. Sehubungan itu, dia meminta mereka yang tidak memerlukan makanan percuma supaya meminta nama mereka dikeluarkan dari program berkenaan. Betul juga cakap dia, lebih baik makanan percuma yang disediakan kerajaan itu diberikan kepada golongan yang terjejas akibat pelaksanaan PKP. - CARI
|
3
Bagus |
20
Marah |
2
Terkejut |
2
Sedih |
6
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
JunkMail replied at 9-4-2020 10:01 AM
Tunggu ayam ph mencemar duli memberikan sepatah dua kata.
tripleid replied at 9-4-2020 10:09 AM
okey lah tu nasi tu..nasi begi kpd mereka yg lbh memerlukan x membazir..biasa budak2 u swasta ni kay ...
jazaa100 replied at 9-4-2020 10:13 AM
Dorang nk bak kut teh
ADVERTISEMENT